Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Afgan, Lyodra Kongsi pentas demi peminat di Malaysia


PASANGAN ‘Ada’ yang sedang top dari negara seberang, Afgan dan Lyodra, bakal menghiburkan peminat-peminat mereka di Malaysia dalam sebuah konsert epik diberi nama Afgan & Lyodra: Live In Malaysia pada 28 September depan.

Bakal berlangsung di Megastar Arena, KL konsert istimewa itu dibawakan khas oleh Kharisma Music selaku penganjur.

Bagaimanapun buat masa ini, konsp dan pengisian konsert tersebut masih lagi menjadi teka-teki dan segala persoalan bakal terjawab dalam sebuah sidang media khas yang bakal diadakan pada Ogos nanti.

Apa yang pasti, jualan tiket telahpun bermula pada hari ini iaiatu 10 Julai 2024 menerusi laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra .

Harga tiket konsert dalah mengikut kategori iaitu RM358 untuk Pesan terakhir, RM438 (Escape), RM558 (Sang Dewi), RM588 (Panah Asmara), RM688 (Ada VIP) dan RM1,488 (Ada VVIP).


Pembeli awal di antara tarikh 10-11 Julai 2024 akan mendapat harga istimewa ‘early bird’ mengikut kategori tiket.

Buat pembeli kategori tiket Ada VVIP pula, anda berpeluang ke sesi meet & greet dan bakal menerima barangan rasmi konsert seperti lanyard, dan juga sajian makanan serta minuman ringan.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Kharisma Music - Terima Kasih Joe Saiful]

Post a Comment

0 Comments