Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Yusof Haslam kembali di kerusi pengarah, tampilkan wajah baharu dalam Polis Peronda


BERSEMPENA bulan istimewa ulang tahun TV3, ‘Inspirasi Generasi’, TV3 membawakan pelbagai kandungan khas buat penonton setia selama 40 tahun bersiaran.

Terbaru stesen itu bakal menampilkan sebuah siri aksi kepolisan Polis Peronda akan menemui penonton bermula 28 Jun ini, setiap Jumaat jam 10 malam. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di Tonton melalui www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Siri Polis Peronda ini diterbitkan oleh Skop Productions Sdn. Bhd dan diarahkan oleh penerbit dan pengarah terkemuka tanahair iaitu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof dan C. Kumaresan.

Sementara bintang-bintang yang akan memeriahkan siri lima episod itu terdiri dariapda Shah Iskandar, Puteri Sarah, Ali Reza, Ramona Zamzam, Raja Afiq, Soffwany Yusoff, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Drama bersiri ini dijangka membawa penonton menyelami dunia kepolisan dengan lebih mendalam melalui jalan cerita yang penuh dengan aksi, misteri dan emosi.

Polis Peronda menceritakan tentang pengalaman dan tema yang berkait rapat dengan Unit Kereta Peronda (Unit MPV) PDRM dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berdepan dengan pelbagai senario mencabar dalam tugasan harian.

Ia juga berkisar tentang kehidupan harian sekumpulan unit peronda polis yang berusaha menjaga keamanan dan ketenteraman ibu kota.



Siri ini tidak hanya menumpukan kepada aksi penyiasatan jenayah, tetapi juga memberi tumpuan kepada cabaran peribadi yang dihadapi oleh setiap anggota polis, termasuk hubungan keluarga, konflik dalaman, dan moraliti.

Menurut pengarah Datuk Yusof Haslam, naskhah tersebut merupakan sebuah drama kepolisan yang julung kalinya memaparkan tentang kerjaya polis peronda, termasuk Petrol Car dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

"Keistimewaannya, sejak hampir 40 tahun saya menerbitkan drama kepolisan, belum pernah ada drama yang memaparkan kisah polis peronda secara mendalam.

"Polis peronda adalah ‘front liner’ dalam jabatan polis, yang biasanya sampai ke lokasi jenayah atau kemalangan lebih awal. Drama ini mengupas peranan dan kehidupan mereka, memperlihatkan masalah dan cabaran harian yang dihadapi, termasuk konflik keluarga dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

"Kami ingin menonjolkan bahawa anggota polis peronda juga adalah manusia biasa yang mempunyai kehidupan dan masalah tersendiri selain daripada tugas mereka menjaga keselamatan masyarakat,” katanya yang tururut merakamkan terima kasih kepada pihak berwajib yang memberi Kerjasama terbaik sepanjang pembikinan siri tersebut. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: TV3 - Terima Kasih Efendi Amir]

Post a Comment

0 Comments