Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sharifah Amani kini bergelar ibu, namakan anak Ahmed Mohsein


PELAKON Sharifah Amani selamat melahirkan cahaya mata pertama, yang juga merupakan seorang bayi lelaki pada Rabu lalu.

Berita gembira itu dikongsi suaminya, Ahmed Faris menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya.

"Assalamualaikum, kenalkan anak kami, Ahmed Mohsein Ahmed Faris yang dilahirkan pada 26 Jun 2024," tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Faris turut memaklumkan isteri dan cahayamatanya itu kini dalam keadaan yang baik.

"Alhamdulillah, ibu (Amani) dan bayi berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan," ujarnya.

Amani atau nama penuhnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya,38, berkahwin dengan Ahmed Faris pada 10 September 2022. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Instagram Ahmed Faris]

Post a Comment

0 Comments