Menerusi satu hantaran video yang dipaparkan ketika program itu bersiaran langsung semalam, kumpulan yang dianggotai Cik Manggis, Sophia Liana dan Azira Syafinaz memaklumkan keputusan itu dilakukan atas sebab kesihatan.
"Kami sebenarnya teruja setiap minggu dapat duduk bersama dan melakukan seni persembahan secara kreatif bersama-sama.
"Idea yang tak pernah dikeluarkan di tempat lain dapat keluarkan di sini. Rasanya ia adalah momen terbaik sepanjang di sini.
"Dengan rasa sedih, kami mengumumkan untuk menarik diri daripada The Hardest Singing Show. Kami terpaksa buat pilihan ini atas faktor kesihatan," ujar Defam.
Pentas The Hardest Singing Show minggu keenam akan terus dihangatkan oleh Aisha Retno, Aepul Rosa, Zizi Kirana, Stacy, Putra Mohamad dan Ayda Jebat.
Kesemua peserta diadili 100 peratus (%) pemarkahan oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Edry Abdul Halim, Zizan Razak dan diva tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa.
(Dari Kiri) Cik Manggis, Azira dan Sophia Liana |
Terdahulu Datin Alyah turut menarik diri daripada program 10 episod terbitan Astro itu disebabkan mendapat panggilan untuk menunaikan ibadah haji.
Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan pengacara dari Indonesia, Rina Nose itu berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur dan bersiaran pada setiap Ahad, jam 9 malam, di Astro Ria. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments