PENYANYI terkenal Justin Timberlake ditahan polis atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat pada Selasa.
Menurut laporan media, Timberlake, 43, dikatakan ditahan di Sag Harbor, berdekatan Hamptons, Rhode Island sekitar jam 5.37 pagi (waktu tempatan).
Bekas anggota kumpulan NSYNC yang memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu itu didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol apabila melanggar tanda berhenti dan gagal untuk memandu di sebelah kanan jalan raya.
Menurut laporan, pemeriksaan mendapati paras alkohol dalam badannya melepasi had yang ditetapkan. Malah ketika ditahan, Timberlake juga kelihatan tidak stabil, gagal bertutur dengan jelas, selain nafasnya berbau alkohol.
Penyanyi yang juga suami kepada pelakon Jessica Biel itu kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Keadilan Sag Harbour Village pada pagi sama, sebelum dibebaskan dengan jaminan. Sebutan semula kes akan diadakan secara maya pada 26 Julai depan.
Pun begitu, pihak pengurusan Timberlake tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden berkenaan.
Dalam perkembangan lain, pemenang Grammy 10 kali itu kini dalam persediaan memulakan jelajah global album keenamnya, Everything I Thought It Was.
Bapa kepada dua anak itu juga dijadualkan akan mengadakan dua persembahan di Chicago hujung minggu ini, diikuti Madison Square Garden New York pada Selasa depan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments