Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Laila jadi taruhan, Dukes mahu pikat peminat dengan identiti sendiri


MESKI sedar bakal berdepan dengan cabaran yang tidak mudah, kumpulan Dukes tekad untuk terus melangkah ke depan dalam usaha untuk berkongsi bakat serta karya mereka kepada penggemar muzik tanah air.

Dukes yang dianggotai oleh oleh lima anak muda yang terdiri daripada Ziggy selaku vokalis, Rayyan (gitar utama), Jimbo (gitar rhythm), Umar (pemain bass) dan Cheng Wei (dram) mula ditubuhkan di Universiti Malaya pada penghujung 2022.

Pernah debut dengan lagu berjudul Girls pada Ogos 2023, kumpulan yang membawa muzik berentak rock itu kini kembali dengan single terbaharu mereka, Laila.

Sebuah karya fantasi romantis yang meluahkan perasaan suka yang sangat dalam buat seorang gadis bernama Laila.

Menurut Dukes, lagu itu sangat istimewa dan mempunyai ceritanya yang tersendiri di mana liriknya menggambarkan perasaan penyanyi yang terpegun dengan kecantikan serta keunikan keperibadian Laila.

"Ia menceritakan bagaimana seseorang itu ingin kembali mengulangi memori dan detik-detik manis yang pernah dilalui dengan gadis bernama Laila.

"Melodinya sangat indah dan mencerminkan mimpi penyanyi yang tidak habis-habis memikirkan dan terbayangkan Laila dalam mindanya,” jelas Dukes.



Berkongsi mengenai proses rakaman lagu tersebut, kumpulan asal Kula Lumpur itu berkata, semuanya berjalan lancar meskipun banyak perkara baharu yang mereka pelajari.

"Proses rakamannya berjalan lancar dan sangat cepat kerana kami dapat bekerjasama dengan penerbit Amsyar dengan begitu mudah.

"Kami hanya menghadapi satu sahaja cabaran iaitu mencari waktu untuk menyiapkannya kerana kami semua sibuk dengan tugasan masing-masing di universiti,” jelasnya.

Mengakui masih baharu dan mencari peluang untuk membuktikan bakat diri, Dukes meletak harapan tinggi agar lagu Laila akan diterima baik oleh pendengar.

“Kami harap ia akan diterima sebaik sahaja dilancarkan, tetapi apa yang paling penting adalah semua boleh merasai dan memahami maksud lagu serta liriknya.

"Oleh kerana kami masih muda dan baharu di bidang ini, matlamat utama kami adalah untuk dikenali melalui lagu ini," akhiri Dukes.

Single Laila baru sahaja dilancarkan pada tarikh 21 Jun lalu, dan kini boleh dimuat turun di iTunes serta dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[FOTO: Sony Music Malaysia - Terima Kasih Joe Saiful]

Post a Comment

0 Comments