Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Konsert batal saat akhir, Alan Walker mohon maaf


KONSERT Walkerworld Tour 2024 yang sepatutnya dijayakan pemuzik EDM terkenal, Alan Walker di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya, pada Sabtu ditunda.

Walker, 26, menerusi laman Instagramnya berkata, penundaan tersebut berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan meskipun dia dan pasukan sudah bekerja keras membuat persediaan konsert tersebut.

"Beberapa minggu kebelakangan ini, saya bersama pasukan sudah bekerja keras menyusun persembahan Walkerworld terbesar di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

"Lawatan saya ke Kuala Lumpur beberapa minggu lalu untuk mempromosikan konsert ini di mana saya berpeluang bertemu dengan peminat di Malaysia, membuat kami lebih teruja untuk persembahan ini.

"Saya ingin memaklumkan bahawa disebabkan keadaan tidak dapat dijangka, iaitu sepenuhnya di luar kawalan saya dan pasukan saya, kami terpaksa tunda persembahan Walkerworld di Malaysia kepada tarikh lain tahun ini," jelasnya.


Dalam perkongsian sama, Walker turut memohon maaf kerana telah mengecewakan para peminat yang sudah membeli tiket, apatah ia diumumkan pada saat-saat akhir.

"Saya minta maaf atas pengumuman yang lewat ini dan mengecewakan anda semua. Namun saya berjanji akan tunaikan komitmen kami kepada setiap seorang daripada anda yang sudah membeli tiket untuk persembahan ini dan bersabar menunggu Walkerworld tiba di Malaysia.

"Bagi anda yang tidak mahu atau tidak dapat menunggu sehingga kami kembali, anda boleh meminta bayaran balik tiket daripada penganjur tempatan, Megatix.

"Sekali lagi, kami mohon maaf dengan setulus hati kerana tidak dapat meneruskan persembahan ini seperti yang dirancang dan diharapkan. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa dengan anda semua pada musim luruh nanti," katanya.

Konsert Walkerworld Tour 2024 itu juga turut mengundang penyanyi dari Indonesia Putri Ariani. - 7KLIK 


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments