Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Jadi mangsa sindiket penipuan, Pei Jing hilang hampir semua wang simpanan


Oleh: SHAZAN ZAIDI

PEMAIN badminton beregu campuran profesional negara, Lai Pei Jing kesal apabila menjadi mangsa sindiket penipuan sehingga hampir kesemua wang simpanannya lesap.

Berita tersebut dikongsi Pei Jing, 31, menerusi satu hantaran di laman Instagram milikya pada Ahad yang turut memohon agar dia dan keluarga diberikan ruang serta masa untuk bertenang.

“Tolong beri kami masa untuk memproses segala-galanya, terutama ibu saya. Terima kasih.

“Ya, saya telah ditipu hampir semua wang simpanan saya oleh kumpulan penipuan.

"Sejujurnya, ini merupakan tamparan amat berat kepada saya. Simpanan daripada titik peluh dan hasil kerja keras saya selama berdekad-dekad," tulisnya.

Tangani Emosi

Dalam hantaran sama, pemain badminton asal Kuantan, Pahang itu berkata, dirinya memerlukan keberanian yang tinggi untuk bercakap dan berkongsi tentang perkara itu yang disifatkan sebagai sangat berat.

“Ia memerlukan keberanian tinggi untuk bercakap tentang ditipu kerana siapa yang mahu memberitahu orang lain bahawa mereka ditipu dengan sedemikian cara bukan?

"Apabila saya telah menyesuaikan diri dengan situasi itu, saya akan berkongsi lebih lanjut mengenainya.

"Saya berharap dapat mengelakkan lebih ramai mangsa dan memaksa diri saya untuk menerima hakikat bahawa saya telah ditipu," luahnya kesal.


Pun begitu, Pei Jing berkata dia sudahpun membuat laporan polis dan kini dalam proses menangani emosi dirinya sendiri.

Hantaran pasangan regu kepada Tan Kian Meng itu mendapat perhatian ramai pengikut dan rakan-rakan di Instagram yang turut meluahkan rasa simpati serta memberi kata-kata semangat buatnya agar kuat berdepan ujian itu. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

[FOTO: Instagram Lai Pei Jing]

Post a Comment

0 Comments