Penambahan baru kepada keluarga Fernleaf ini adalah bukti dedikasi jenama itu untuk menghasilkan produk yang penuh dengan kebaikan tenusu dan lazat dengan menampilkan minuman yogurt menyegarkan, diperkayakan dengan jus buah-buahan asli, yang direka khusus untuk memikat hati rakyat Malaysia.
Diperbuat daripada susu berkualiti dari New Zealand, Fernleaf Greek Style Yogurt Drink menggabungkan textur berkrim minuman yogurt gaya Greek dengan jus buah-buahan sebenar.
Mendapat persijilan logo Pilihan Lebih Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, minuman lazat ini menawarkan nutrien seperti kalsium dan vitamin D, mengandungi 0% lemak, serta mematuhi garis panduan pemakanan yang ketat dengan tahap lemak dan gula yang telah ditetapkan.
Pengarah Pemasaran Fonterra Brands (Malaysia), Lim Siew Poh, berkata, pihaknya komited menawarkan minuman berasaskan tenusu yang bukan sahaja memberikan khasiat, tetapi kepuasan kepada pelanggan.
"Kami menumpukan sepenuh perhatian untuk meningkatkan dan memperkayakan produk dengan nutrisi dan rasa yang digemari rakyat Malaysia.
"Pelancaran produk ini membuka lembaran baharu dalam industri yogurt minuman, kerana ia adalah gabungan sempurna tekstur berkrim yang digemari dengan rasa buah-buahan asli," ujarnya.
Buah-buahan Tropika Strawberi Mangga Campuran rasa buah-buahan tropika yang manis dan masam, menawarkan rasa yang cukup menyegarkan dengan setiap tegukan.
Diperkaya dengan rasa strawberi manis, sesuai untuk mereka yang menyukai rasa buah-buahan sedikit masam. Menyajikan rasa tropika yang kaya daripada mangga, sempurna untuk mereka yang ingin menikmati rasa keenakan buah mangga asli.
Minuman ini lebih daripada sekadar minuman biasa, malah ia adalah minuman serba guna yang sesuai untuk bila-bila masa, sama ada dinikmati begitu sahaja sebagai snek enak.
Tidak hanya itu, ia juga boleh dihidangkan bersama pelbagai hidangan kegemaran atau digabungkan bersama makanan lain seperti oat atau granola, mengikut selera serta kegemaran.
Fernleaf Greek Style Yogurt Drink kini boleh didapati di pasar raya terkemuka dan kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Giant, AEON, AEON BiG, NSK, TF Value dan TMG Mart. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
- sony-future-filmmaker-awards-2024
- ulike-lancarkan-kedai-pop-up-di-ioi
- ulike-umum-pelancaran-rasmi-peranti-ipl
[FOTO: Fernleaf - Terima Kasih Zulfadli Yusmar]
0 Comments