Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Blackpink World Tour Born Pink in Cinemas, hadiah istimewa buat peminat sempena ulang tahun kelapan


Oleh: AILEEN ADAM
BAKAL meraikan ulangtahun kelapan pada Ogos ini, kumpulan K-Pop ternama, Blackpink bakal menampilkan sebuah filem istimewa yang merakamkan konsert siri jelajah dunia Born Pink mereka baru-baru ini.

Menenurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi mereka, YG Entertainment pada Jumaat, filem yang berjudul Blackpink World Tour Born Pink in Cinemas itu akan ditayangkan di Korea Selatan dan lebih 110 negara di seluruh dunia mulai 31 Julai depan, sekali gus mencacat rekod terbaharu untuk filem yang menampilkan kumpulan wanita.

"Selain produksi menakjubkan dan pentas sangat besar, anda akan dapat menikmati persembahan lagu-lagu popular Blackpink yang disusun semula yang hanya boleh dilihat dalam konsert ini," kata agensi berkenaan.

Difahamkan filem berdurasi 92 minit itu merupakan rakaman konsert finale yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, September tahun lalu itu dan tersedia dalam pelbagai format, termasuk ScreenX, 4DX dan Ultra 4DX menawarkan pengalaman hebat.



Blackpink World Tour Born Pink merupakan konsert jelajah terbesar pernah dilakukan oleh kumpulan yang dianggotai oleh empat gadis berbakat luar biasa iaitu Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa dalam kerjaya mereka.

Filem yang diarahkan Yoondong Oh dan Geun Min itu merangkumi siri jelajah Born Pink yang diadakan di 34 bandar itu berjaya mengumpulkan lebih 1.8 juta penonton dalam 66 siri persembahan yang berlangsung pada Oktober 2022 hingga September 2023.

Tarikh tayangan filem berkenaan dianggap cukup istimewa iaitu seminggu sebelum tarikh ulang tahun kelapan penubuhan kumpulan sensasi itu pada 8 Ogos, sekali gus dianggap sebagai hadiah istimewa buat peminat mereka di seluruh dunia yang dikenali sebagai Blink. - 7KLIK  


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments