SUMBANGAN penggiat seni terdahulu sememangnya tidak dapat dapat dinafikan dalam meneruskan legasi dunia seni tanah air.
Semenjak zaman merdeka sehingga ke saat ini, setiap satu diantara mereka memainkan peranan yang besar kepada perkembangan dunia seni yang kita warisi hari ini. Biar masa dan zaman berlalu pergi, sumbangan dan pengorbanan mereka di dalam pembangunan industri seni tempatan tidak harus di lupakan.
Tidak hanya mereka yang berada di depan kamera dan mengecap populariti sahaja, tetapi juga kepada seluruh penggiat seni belakang tabir secara keseluruhannya. Tanpa usaha dan sumbangan mereka, mungkin industri seni kita tidak berada di mana tahap yang kita lihat hari ini.
Meski zaman beredar dan berlaku pelbagai perubahan dalam industri, usaha dan apa yang dilakukan oleh insan seni terdahulu harus lebih dihargai dan dijadikan rujukan di dalam meneruskan legasi dunia seni tanah air.
Tidak kira yang telah tiada, mahupun yang masih ada, penghargaan tersebut wajar dilakukan dengan cara yang sebaiknya.
Generasi muda hari ini perlu diberi lebih pendedahan agar mengenali dan menghargai sumbangan insan seni terdahulu melalui karya-karya seni tinggalan mereka.
Meski bukan dari zaman yang sama, itu bukan alasan untuk kita menolak untuk sama-sama menikmati hasil karya mereka.
Menghargai mereka tidak hanya melalui sanjungan nama, tetapi juga dengan pelbagai cara dan inisiatif lain. Misalnya dengan memberi pengiktirafan, mengangkat kembali hasil kerja seni mereka untuk tatapan generasi hari ini atau meminjam inspirasi daripada sumbangan mereka sebelum ini.
Berbanding negara barat, penghargaan masyarakat kita terhadap penggiat seni terdahulu ini dilihat jauh berbeza. Kalau di sana, tidak kira dari generasi mana, peringatan dan penghargaan terhadap tokoh seni mereka dilihat begitu luar biasa. Dari anak kecil sehingga golongan dewasa, mereka ada cara tersendiri untuk mengenang jasa tokoh seni mereka.
Pendedahan
Sayangnya, kita di sini tidak memperlihatkan hal yang serupa. Malah kebanyakan insan-insan seni hanya lebih dihargai atau dikenang apabila hayat mereka sudah tiada. Setelah kehilangan, barulah kita akan membilang-bilang sumbangan mereka kepada industri. Barulah karya-karya mereka mula diangkat dan diperkatakan kembali.
Malah apa yang lebih mendukacitakan lagi apabila mereka hanya diberi pelbagai pengiktirafan selepas ketiadaan mereka. Misalnya dari segi gelaran dan sebagainya.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada seniman agung kita, Tan Sri P. Ramlee, dan Datuk Sudirman Hj Arshad. Malah Yasmin Ahmad berdepan situasi serupa apabila karya-karyanya semakin menjadi sebutan selepas ketiadaannya.
Sedangkan ketika masih ada hayat, penghormatan sedemikian begitu jauh dari mereka. Mungkin ia menjadi lebih bermakna buat insan seni tersebut sekiranya pernghargaan sedemikian diperolehi ketika mereka masih hidup.
Sekurang-kurang mereka sempat merasai hasil perit jerih mereka sebelum ini dan pastinya berbangga dengan penghargaan yang diberikan atas segala usaha-usaha dan sumbangan mereka kepada industri selama ini.
Persoalannya sekarang, apakah wajar kebiasaan ini diteruskan pada masa akan datang? Atau mungkin kita perlu melakukan sesuatu yang lebih baik dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan mereka?
Jangan sampai generasi baharu hanya mengenali nama-nama yang hadir pada zaman mereka sahaja. Sementara insan-insan seni terdahulu hanya dipandang sebelah mata kerana ukuran lebih cenderung kepada populariti dikecapi oleh insan seni sezaman dengan mereka semata-mata.
Apa pun, kita tidak boleh salahkan generasi hari ini jika mereka tidak mengenali atau menghargai tokoh seni terdahulu. Ini kerana tiada pendedahan tentang karya-karya yang wujud di luar zaman mereka. Memang menjadi lumrah kita hanya mengenali tokoh-tokoh yang sezaman dengan kita.
Justeru, pelbagai pihak sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan usaha untuk mengenang dan menghargai insan-insan seni yang telah banyak memberikan sumbangn kepada industri ini sentiasa berterusan.
Baik pihak kerajaan, persatuan-persatuan seni, media dan pelbagai pihak lain harus bersatu untuk menggerakkan usaha ini. Pendedahan dan kesedaran itu penting untuk mengubah sikap masyarakat kita agar lebih peka dengan sejarah.
Perubahan
Suatu usaha atau langkah yang kecil itu mungkin boleh menjadi permulaan yang baik untuk suatu perubahan yang lebih besar selepas ini. Biar datang daripada latar waktu yang berbeza, legasi yang insan-insan seni terdahulu tinggalkan harus sentiasa dekat dengan generasi baru hari ini.
Tidak sekadar melihat kepada hasil seninya, tetapi juga kepada perngorbanan yang tercurah selama ini. Tanpa sumbangan mereka, mana mungkin kita dapat melihat perkembangan dunia seni yang lebih baik seperti mana yang ada di depan mata kita hari ini. - 7KLIK

- Nota by Sang Mocha -
0 Comments