Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bawa tema pengorbanan suci pembersihan jiwa, TV AlHijrah sajikan program istimewa haji


KEMPEN Haji 1445H di stesen TV AlHijrah tahun ini dilancarkan dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa.

Pendekatan stimewa ng berlangsung sehingga 20 Jun itu membawakan kepada penonton empat program terbaik buat santapan rohani.

Program-program tersebut adalah Munajat Arafah, Peristiwa Haji, Assalamualaikum Istimewa Aidiladha dan Quran@114 Istimewa Aidiladha.

Menurut Pemangku Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Kandungan, Zulkarnaen Mokhtar, kesemua program tersebut bermatlamat memberi informasi dan pandangan terkini berkaitan ibadah haji.

"Bersesuaian dengan tema Pengorbanan Suci Pembersihan Jiwa, kita mahu penonton untuk bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan rohani Aidiladha.

"Ia menuntut umat Islam meneroka sejarah, mendalami definisi dan kisahnya serta mempelajari kepentingan bulan Zulhijah ini dalam pembentukan adab, akhlak dan sahsiah diri yang baik," jelasnya.

Munajat Arafah akan disiarkan selama dua jam siaran pada 16 Jun 2024, bermula jam 5 petang hingga 7 malam. Program itu akan membawa penonton bersama-sama bermunajat kepada Allah dan menghayati makna hari arafah yang disampaikan oleh pentausiyah sambil diselangi alunan bacaan al-Quran, zikrullah, talbiah dan persembahan qasidah.

Diikuti Peristiwa Haji yang bersiaran pada 17 Jun, jam 9.30 malam merupakan imbauan buat penonton menelusuri sejarah era pelayaran menggunakan kapal laut sebagai pengangkutan utama menuju ke Mekah. Penonton juga akan dibawa menghargai kejayaan teknologi terkini yang banyak membantu urusan jemaah haji.


Sementara rancangan Quran@114 Istimewa Aidiladha pula akan menemui penonton setiap hari, sepanjang Jun, jam 11 pagi. TV AlHijrah membawakan kelas al-Quran ke rumah anda. Program itu bukan sekadar mengajak penonton untuk sama-sama membaca ayat-ayat suci al-Quran, tetapi akan turut didedahkan dengan konsep tadabbur, tafaqquh, tazakkur, dan i’tibar.

Tidak ketinggalan Assalamualaikum Istimewa Aidiladha yang akan membawakan pelbagai topik semasa haji akan dikupas dengan panel-panel jemputan terbaik yang mempunyai pengalaman luas dalam urusan rukun Islam kelima itu.

Kesemua rancangan terbaik yang disediakan itu boleh juga ditonton atas talian secara strim di aplikasi AlHijrah Plus. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

[FOTO: TV AlHijrah - Terima Kasih Hani Mat Husain] 

Post a Comment

0 Comments