Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Aliff Aziz, Bella Astillah sah cerai talak satu


IKATAN perkahwinan pasangan selebriti sensasi, Aliff Aziz dan Bella Astillah menemui titik noktah apabila sah bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.

Aliff, 33, melafazkan talak satu terhadap Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sekitar jam 1.10 tengah hari di depan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat .

“Saya Muhammad Aliff bin Aziz menceraikan isteri saya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah dengan talak satu hari ini,” lafaznya.

Sebelum lafaz tersebut dilakukan, hakim syarie memberi peluang jika pasangan itu mahu bersalaman buat kali terakhir, tetapi kedua-dua mereka menolak.

Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Bella mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan memerintahkan Bella menjalani tempoh idah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu pada 13 Mac, Bella, 29, menfailkan permohonan cerai di mahkamah sama atas alasan sudah tiada lagi persefahaman.

Tindakan itu diambil beberapa hari selepas suaminya dan pelakon Ruhainies, 32, ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Bagaimanapun Aliff enggan menceraikan Bella ketika itu atas alasan masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Pasangan ini pernah bercerai dengan talak satu pada 16 Mei 2019, selepas Aliff dikatakan berlaku curang, tetapi kembali rujuk ketika Bella masih dalam tempoh idah.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments