JUJURNYA saya bukanlah peminat K-Pop dan tidak banyak yang saya tahu tentang perkembangan muzik asal Korea Selatan itu, kecuali sejak akhir-akhir ini atas sebab tertentu berkenaan urusan kerja.
Malah sehingga kini, saya tidak ada langsung pengalaman menonton konsert atau persembahan bintang-bintang dari Korea Selatan itu secara live biarpun beberapa kali juga mempunyai peluang untuk berbuat demikian.
Hanya baru-baru ini, saya buat pertama kalinya berada dalam khalayak penonton muzik K-Pop menikmati konsert Ailee: I Am Here yang berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 22 Jun lalu.
Tidak dirancang, sekadar menemani seorang rakan atas asbab pemilik asal tiket berkenaan tidak dapat hadir pada saat-saat akhir. Pelawaaan yang datangnya hanya beberapa jam sebelum konsert bermula dan saya membuat persetujuan atas dasar semangat setiakawan.
Saya hadir dan menonton tanpa meletakkan apa-apa expectation. Sekadar datang menonton. Pun begitu saya sempat mencari tahu sedikit sebanyak tentang penyanyi terkenal yang dikhabarkan memiliki vokal hebat itu sementara menunggu konsert membuka tirai.

Saat bermulanya konsert dan menyaksikan sosok bernama Ailee itu beraksi untuk lagu pertamanya, saya jadi tertarik untuk memberi fokus tanpa didesak suruh. Benarlah, suaranya begitu memikat.
Satu demi satu sehingga pada akhirnya saya benar-benar menikmati lebih 20 buah lagu yang dipersembahkan penyanyi itu dengan penuh jiwa dan rasa.
Antaranya termasuklah I Will Go To You Like the First Snow, U&I, Breaking Down dan Mind Your Own Business. Sebenarnya banyak lagi lagu yang melekat di halwa telinga, tetapi sayas tidak tahu judulnya.
Kesemuanya adalah kali pertama saya dengar, tetapi dapat menikmatinya dengan baik. Ailee memang ada magis tersendiri saya kira.
Ailee berjanji untuk kembali menjayakan konsert di Malaysia pada masa akan datang | Foto: Instagram Ailee |
| FOTO: Lol Asia |
Bukan sahaja tampil dengan vokal dan pesona memikat di pentas, tetapi interaksi Ailee dengan penonton juga hal yang menarik perhatian saya. Dia bijak mengambil hati, tahu apa yang perlu dan tidak untuk dilakukan kala berdepan penonton di luar khalayak negaranya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan lapisan umur.
Saya tidak fikir penonton di dewan ketika itu teruja atau menunjukkan minat yang tinggi kepada persembahannya hanya kerana fizikal sempurna yang dia miliki (seperti mana skeptikal yang dimomokkan berkait bintang K-Pop), tetapi benar-benar kerana pakej kualiti yang dia tampilkan.
Justeru momen Ailee menitiskan air mata dan sebak ketika dipertontonkan dengan kejutan istimewa daripada peminat menerusi klip video yang didedikasikan khas buatnya, saya turut jadi terharu.
Pemberian sepasang Kebaya daripada pereka lokal sebagai tanda mata buatnya juga, menjadi hal yang manis pada konsert itu. Sederhana, tetapi bermakna.
Suatu hal yang saya ingin sebutkan di sini juga adalah mengenai penganjur konsert ini iaitu LOL Asia. Pujian kepada pihak penganjur yang sangat profesional, tetapi dalam masa sama memahami keterujaan penonton atau pembeli tiket apabila tidak terlalu ketat 'mengikat' peraturan tertentu yang sering kali menjadi isu apabila melibatkan persembahan artis luar. Ramai puas hati dan pulang dengan senang hati.
Kesimpulannya, saya harus berterima kasih kepada pemilik asal tiket konsert ini yang tidak dapat hadir (atas sebab yang tidak dapat dielakkan), sekali gus memberi peluang tanpa sengaja kepada saya untuk berada di kerusinya sebagai penonton Ailee: I Am Here.
Pengalaman baharu menikmati persembahan bintang K-Pop secara live buat pertama kalinya (dan pastinya bukan untuk yang terakhir). Datang dengan jangkaan kosong, pulang dengan hati berbunga. - 7KLIK
~ Nota by Sang Cappucino ~
0 Comments