RENTETAN kejayaan pelancaran cawangan fizikal pertamanya di SOGO Kuala Lumpur, Ulike melancarkan pula kedai ‘pop-up’ di IOI City Mall Putrajaya pada Isnin lalu.
Melalui sokongan padu ditunjukkan orang ramai, Ulike, jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah No.1 Dunia 2022, dan jenama isi rumah dipercayai dalam sektor kecantikan serta penjagaan badan di rumah, menjemput peminat untuk menyertai promosi mengujakan, sesi mencuba produk, serta pelbagai aktiviti menarik yang diadakan.
Bermula 27 Mei hingga 9 Jun 2024, peminat Ulike boleh berkunjung ke IOI City Mall Putrajaya untuk menyertai beberapa siri aktiviti yang menjanjikan keseronokan untuk seisi keluarga.
Orang ramai turut berpeluang mencuba seleksi produk inovasi terlaris dalam dunia kecantikan keluaran jenama ini serta berpeluang beramah mesra dengan beberapa bintang terkenal tanah air termasuk Hannah Delisha, DeFam, Phei Yong dan ramai lagi.
Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike, Leong KM, berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan lebih banyak keupayaan inovatif peranti canggih Ulike kepada pengguna di Malaysia.
"Menembusi pasaran Malaysia buat pertama kalinya menerusi pembukaan kedai utama dan pertama di SOGO KL, Ulike menerima sambutan yang amat menggalakkan, sekali gus mendorong kami untuk membuka kedai ‘pop-up’ ini di IOI City Mall, Putrajaya.
"Justeru itu, kami ingin mengalu-alukan kehadiran pengguna ke sini dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang penuh dengan keseronokan bersama beberapa nama besar di Malaysia.
"Kami berharap dapat terus menganjurkan aktiviti sebegini dalam masa terdekat agar lebih ramai pengguna dapat merasai sendiri inovasi secara terus,” ujarnya. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: ulike-pembukaan-kedai-fizikal-pertama
ARTIKEL LAIN: shopee-utamakan-pengalaman-membeli
[FOTO: Ulike - Terima Kasih Shanice]
0 Comments