SAMA ada anda mencari tempat yang tenang atau suasana meriah untuk bersosial, di Selangor terdapat pelbagai kafe dan kedai kopi yang pasti akan memenuhi citarasa anda. Pelbagai pilihan cafe tersedia mengikut ciri kesesuaian dan keselesaan anda untuk dicuba.
Di sini kami senaraikan 10 kafe dan kedai kopi menarik yang wajib penggemar kopi mencuba.
1. Yè Eco Garden, Sekinchan
Kafe yang dikelilingi pokok-pokok kelapa dengan tapak perkhemahan.
Ia sesuai untuk cafe hunter dan penggemar kafe yang ingin merasai suasana makan berbeza. Dengan banyak tempat duduk tersedia di luar dan aktiviti untuk dilakukan, seperti memanah, buaian dan mini petting zoo, pelanggan semestinya tidak akan bosan jika berkunjung di sini. Persekitaran kafe ini sangat tenang dengan banyak tempat-tempat berteduh disediakan.
Beberapa hidangan kegemaran tempatan mereka adalah seperti Nasi Lemak Bunga Telang, Tom Yum Kelapa dan Cendol Gula Melaka. Jika anda ingin singgah ke sini, jangan lupa mencuba Coconut Shake yang segar untuk menghilangkan dahaga. (7Klik: https://www.instagram.com/ye_ecogarden/ )
2. Hab’s Coffee, Taman Keris
Kedai kopi kecil yang dibina daripada kontena ini, dikelilingi oleh alam semula jadi yang tenang dan bunyi air sungai.
Hab's Coffee di Taman Keris, Kuala Selangor, menggunakan biji kopi yang premium dan bahan-bahan berkualiti tinggi yang dibuat oleh barista berpengalaman yang pastinya memikat selera anda. Antara minuman kopi yang unik ialah Rose Latte, Black Mango, Mint Mocha dan banyak lagi.
Selain itu, barista juga akan menulis kata-kata puitis di cawan minuman pelanggan mereka, pastinya akan menjadikan hari anda lebih baik dan menarik. (7Klik: https://www.instagram.com/habscoffee/ )
3. Hulu Cafe, Klang
Kafe estetik semakin mendapat banyak perhatian daripada penggemar kafe dan penggemar kopi.
Dengan dua lokasi baharu dibuka di Klang dan Shah Alam, Hulu Cafe telah mendapat sokongan daripada ramai penduduk tempatan dan pengunjung.
Hidangan masakan Jepun dan Barat dengan sentuhan tempatan menjadikan kafe ini unik. Lebih-lebih lagi, kebanyakan minuman dan pencuci mulut istimewa mereka dibuat daripada matcha seperti Matcha Noir Crossaint, Matcha Tiramisu Platter, Hulu Ichiko Matcha Misu dan perisa matcha lain yang lazat dan pasti akan membuatkan anda inginkan lebih banyak lagi. (7Klik: https://www.instagram.com/hulu.cafe/ )
4. Take Five Coffee Brewers, Shah Alam
Sebuah kedai kopi kecil dan unik yang terletak di tengah-tengah bandar yang dikunjungi penduduk tempatan untuk secawan kopi.
Ia merupakan ruang yang selesa dan sesuai untuk berehat serta berkumpul dengan rakan mahupun keluarga.
Take Five menyajikan kopi yang berkualiti tinggi bersama-sama dengan roti bagel seperti Steak dan Keju, Smoked Salmon, Bacon Rocket dan banyak lagi. Roti Bagel yang dihidangkan sentiasa rangup di luar serta gebu di dalam - sesuai digandingkan dengan secawan kopi. (7Klik: https://www.instagram.com/takefivecb/ )
5. Mokky's Pizza, Bukit Jelutong
Kafe yang meriah menyajikan piza, pasta dan kopi tempatan.
Mokky's Pizza di Bukit Jelutong mendapat banyak perhatian daripada penduduk tempatan dan pengunjung sebagai salah satu kafe pilihan mereka.
Terdapat pelbagai juadah barat dengan nama-nama yang unik, seperti Smoking Olio Pasta, Buff Wing, Hot One's Burger, Chick Peach Pizza dan Duck-Ah! Pizza di sini merupakan salah satu sebab utama pelanggan sentiasa ingin kembali ke sini dan mencuba juadah yang lain.
Dengan jumlah hidangan yang banyak serta makanan yang dihidangkan panas-panas, Mokky’s Pizza jarang membuatkan mana-mana pelanggan tidak berpuas hati dan tidak kenyang apabila berkunjung ke sini. (7Klik: https://www.instagram.com/mokkyspizza/ )
6. Kopi Surat Cinta @ Kebun Puisi Cafe, Bangi
Terletak di kawasan alam semula jadi yang tenang, terletak sebuah kafe dalam taman dengan suasana kampung yang menyajikan hidangan yang ringkas tetapi memberikan senyuman kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung di sini.
Kafe Kebun Puisi di Bangi mengalu-alukan pelanggan mereka dengan menyediakan banyak tempat duduk, serta mereka juga menyediakan tikar yang boleh dibentangkan bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman makan di sini yang agak berbeza. Setiap sudut kafe adalah instagram-worthy untuk pelanggan yang ingin mengambil gambar OOTD mereka.
Pelanggan boleh menikmati beberapa kopi yang disediakan seperti Kopi Surat Cinta, Kopi Terbahagia, Kopi Hari Minggu, Kopi Santan dan Kopi Mantan.
Selain itu, Kafe Kebun Puisi menyediakan sesi deklamasi sajak kepada sesiapa yang ingin berkongsi hasil seni dalam penulisan sambil menghirup kopi yang enak. (7Klik: https://www.instagram.com/kafekebunpuisi/ )
7. Kafe Pejam Mata, Bangi
Kafe yang menyajikan makanan tempatan dengan sentuhan moden.
Kafe Pejam Mata di Bangi adalah kafe yang sesuai untuk penggemar makanan-makanan kafe dan penggemar Media Sosial - dengan hiasan dan suasana estetik di setiap sudut kafe.
Pelbagai pilihan hidangan dan minuman tersedia seperti Pasta Masak Lemak Itik Salai, Mee Bandung, Sirloin Steak dan banyak lagi. Kafe ini juga terkenal dengan pencuci mulut yang instagrammable dan lazat yang pastinya menepati citarasa penduduk tempatan, seperti Kek Keju Pandan Gula Melaka, Teh Tarik Creme Brulee dan Strawberry Trifle.
Dengan jumlah hidangan yang banyak, pelanggan pasti ingin datang semula untuk merasainya lagi. (7Klik: https://www.instagram.com/pejam.matacafe/ )
8. The Botanist, Cyberjaya
Mencari kafe yang memberikan suasana flora dan fauna dan estetik semasa cuaca panas ini? The Botanist di Cyberjaya dikelilingi oleh kehijauan hutan yang akan membuatkan pelanggan merasa tenang.
Ia menyajikan hidangan dengan jumlah yang banyak dan lazat serta boleh dikongsi bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga seperti Shashouka, BreadDips dan Bao Burgers yang terkenal, pastinya akan membuatkan pelanggan mahukan lebih banyak lagi.
Selain itu, pelbagai jenis kopi berkualiti dihidangkan kepada penggemar kafein yang ingin mencubanya, seperti Piccolo Latte, Zesty Black, Dirty Chai dan banyak lagi.
Daripada pilihan makanan yang unik dan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar di setiap sudut, pelanggan akan meninggalkan kafe dengan perasaan gembira dan memuaskan. (7Klik: https://www.instagram.com/thebotanist_cyberjaya/ )
9. Qidot Cafe, Banting
Kafe yang mesti disinggah kerana hiasan luaran yang menarik perhatian dan hiasan dalaman yang tenang, sentiasa menarik perhatian penduduk tempatan, pelancong dan orang yang lalu lalang.
Kafe Qidot di Banting mempunyai gabungan sentuhan tempatan dan hidangan antarabangsa yang lazat, unik dan mempunyai pelbagai pilihan di dalam menu untuk pelanggan mencuba dan merasainya, seperti Crispy Seabash Fish and Chips, Nasi Goreng Kambing dan banyak lagi.
Selain itu, ramai penduduk tempatan dan pengunjung datang ke kafe ini kerana pilihan kopi yang berkualiti tinggi dan variasi hidangan pencuci mulut. Daripada Iced frappe hingga ke yogurt smoothie, pelanggan yang datang ke kafe ini akan ditawarkan dengan pilihan minuman yang banyak. (7Klik: https://www.instagram.com/qidotcafe/ )
10. Hayaso Kopi & Pancake, Taman Gombak Ria
Kedai kopi yang kecil dan selesa ini, menyajikan kopi berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Kopi dan Pancake Hayaso menyajikan minuman berkafein yang menarik perhatian ramai penduduk tempatan dan pengunjung di kawasan Taman Gombak Ria.
Houjicha Latte, Iced Coffee Hayaso, Irish Mocha Shaken, Pecan Praline dan Red Velvet Latte adalah antara beberapa minuman unik yang disajikan bersama-sama dengan beberapa pancake dan waffles yang ranggup dan panas pastinya akan mencipta simfoni di dalam mulut. (7Klik: https://www.instagram.com/hayaso.kopi/ )
Justeru sama ada anda seorang peminat kopi yang ingin mencuba minuman berkafein yang enak atau pengguna media sosial yang mencari tempat OOTD baharu untuk media sosial, Selangor mempunyai pelbagai kafe dan kedai kopi baharu yang unik untuk dicuba dan dilawati. Semestinya ia akan memberikan anda pengalaman unik dan berbeza-beza. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: Tourism Selangor - Terima Kasih Nor Farazuha Aripin]
0 Comments