Difahamkan majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan kenalan terdekat kedua mempelai.
Momen istimewa itu turut dikongsi salah seorang daripada tamu majlis tersebut iaitu pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Nur Maulana.
Maulana berkata, majlis pernikahan tersebut dilakukan mengikut adat Sunda dan keluarga Mahalini hadir dengan berpakaian tradisional masyarakat Bali.
“Cuma satu kali lafaz selesai. Alhamdulillah dengan mahar yang disebutkan. Ada logam emas, ada wang. Kemudian saya diminta menitipkan nasihat.
“Rombongan lelaki memakai adat Sunda, ada dua rombongan keluarga. Keluarga mempelai perempuan pakai adat Bali.
"Suasana tenang-tenang dan aman, lebih syahdu dimulakan dengan membaca al-Quran. Ada berbalas hantaran, kemudian akad nikah yang berjalan lancar,” katanya sebagaimana dilaporkan media tempatan.
Terdahulu, hubungan pasangan popular itu mendapat perhatian ramai disebabkan perbezaan agama, di mana Rizky, 26, beragama Islam, manakala Mahalini merupakan penganut Hindu. Pun begitu Mahalini, 24, disahkan sudah memeluk agama Islam sebelum bergelar isteri. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: selamat-diijabkabulkan-afifah-nasir
ARTIKEL LAIN: penyampai-suria-chiwan-akhiri-zaman
ARTIKEL LAIN: syasya-kini-bergelar-isteri
[FOTO: Instagram Mahalini]
0 Comments