Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Saka Perawan bakal ‘rasuk’ pawagam mulai 27 Jun ini




SETELAH berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta dan kekal dalam senarai Top 10 selama tujuh minggu berturut-turut di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, penerbit dan pengarah  filem Anak Perjanjian Syaitan 2, Dr. Ahmad Idham kembali dengan buah tangan terbaharu, Saka Perawan.

Saka Perawan yang diedarkan oleh Grand Brilliance Studio dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran itu bakal ditayangkan seluruh pawagam bermula 27 Jun depan.

Naskhah komedi seram tersebut akan menyaksikan gandingan barisan pelakon baharu dan lama seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Datuk Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.

Filem yang menjalani sesi penggambaran pada tahun lalu itu mengisahkan tentang misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun telah membuatkan anak-anaknya menjadi bingung.

Setiap kali selepas Maghrib, keadaan kesihatan nenek tua itu akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja memasuki jam 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil. Hampir sebulan situasi tersebut berlaku dan doktor perubatan tidak mempunyai jawapan.

Rupa-rupanya apa yang berlaku itu ada kaitan dengan akibat perbuatan lampau nenek, di mana beliau sebenarnya berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum dia meninggal dunia.

Sophia AlBarakbah, Fauziah Nawi dan Atu Zero teruja menantikan tayangan Saka Perawan pada 27 Jun depan.

Ikuti apakah yang berlaku seterusya pada nenek tersebut dengan menonton filem Saka Perawan di pawagam tidak lama lagi. - 7KLIK 

Post a Comment

0 Comments