Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Rentas budaya antara Saixse, Kidd Santhe dan Atta Halilintar


SELEPAS mencipta fenomena dalam industri muzik Malaysia, Kidd Santhe dan Saixse muncul dengan lagu terbaharu mereka, Mantap Cuy.

Menariknya, gabungan itu turut menampilkan YouTuber popular Indonesia yang kini tersenarai di antara Top 3 Asia, Atta Halilintar.

Menurut Kidd Santhe yang juga bertindak sebagai penerbut, single Mantap Cuy meraikan bukan sahaja kemenangan besar, tetapi juga kemenangan kecil dalam hidup.

"Walaupun berdepan dengan sebarang halangan, lagu ini memberi inspirasi untuk kami belajar mengambil cabaran itu dengan positif," ujarnya.


Sementara Saixse pula melihat penghasilan karya tersebut sebagai cukup istimewa kerana ia berkongsi inspirasi kepada pada pendengar. 

"Judul lagu ini, 'Mantap Cuy' adalah gabungan slang Malaysia dan Indonesia untuk menangkap semangat dan keterujaan tentang sesuatu, sama seperti menyebut 'cool, dude, awesome atau bro' dalam bahasa Inggeris," katanya.

Kidd Santhe dan Saixse bukan sahaja menggubah lagu Mantap Cuy bersama, tetapi turut menghasilkan lirik bersama Atta Halilintar.

Dalam pada itu, Atta Halilintar mengakui cukup teruja menerima perlawaan berkenaan dan disambut dengan tangan terbuka.

“Saya sudah lama minat budaya hip-hop Malaysia, terutamanya karya Kidd dan lagu viral Saixse, Malampagi yang juga trending di Indonesia.

"Jadi apabila Kidd mencadangkan kerjasama ini, saya tidak teragak-agak langsung, malah sangat teruja untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia," katanya.

Projek single Mantap Chuy merupakan kerjasama antara syarikat Kidd Santhe, Kidd Next Door Productions dan syarikat Saixse, Bando Rahsia Legacy.

Gandingan Saixse, Atta dan Kidd dalam Mantap Cuy mempunyai keistimewaan tersendiri.

Mengulas tentang penghasilan muzik video (MV) lagu tersebut, Saixse berkata, penggambaran dilakukan di Indonesia oleh pihak Simbion, manakala Take Five Studio telah menjalankan penggambaran akhir di Malaysia.

"Pengalaman penggambaran MV di Indonesia sangat mengujakan dan ia merupakan pengalaman luar biasa bagi saya.

"Kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka sungguh luar biasa dan mengagumkan, walaupun dengan tempoh garis masa yang singkat," katanya.

Single Mantap Cuy diedarkan oleh Sony Music Malaysia dan kini boleh didengar di semua platform strim digital. Sementara MV  pula boleh ditonton di saluran YouTube Kidd Santhe.  - 7KLIK 


Post a Comment

0 Comments