Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Manjakan ‘Eomma’ bagai permaisuri dengan KyoChon 1991


SEMPENA sambutan Hari Ibu, KyoChon 1991 ingin meraikan kasih sayang luar biasa bersama semua ibu dengan promosi eksklusif yang pastinya membangkitkan selera dan menggembirakan hati.

Bermula 10 hingga 12 Mei ini, pelanggan boleh melayan ‘Eomma’ mereka dengan pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan bersama KyoChon 1991.

Apa yang perlu dilakukan hanya dengan memberitahu kod rahsia 'Ayam A Hot Eomma' kepada mana-mana kakitangan KyoChon 1991 dan menikmati empat ketul Honey Garlic Boneless Chicken Bites secara percuma, dengan perbelanjaan minimum RM70. Tawaran itu sah sama ada makan di restoran atau bawa pulang, demi memastikan setiap ‘eomma’ boleh menikmati rasa KyoChon 1991 di rumah mereka sendiri atau di restoran.

KyoChon 1991 turut teruja untuk mengumumkan promosi hari ke-14 setiap bulan di mana bagi setiap pembelian lapan ketul Wingettes dan Drummettes, pelanggan boleh menikmati hidangan lengkap untuk dua orang dengan menambah RM14 untuk mendapatkan dua nasi putih dengan telur goreng dan dua Korean Sparkling Fruit Tea.

Promosi luar biasa itu akan hanya boleh didapati pada 14 Mei 2024 dan 14 Jun 2024 dan hanya untuk makan di restoran terpilih sahaja.


Tidak hanya itu, KyoChon 1991 turut menyenaraikan kembali Mocktailnya atas permintaan yang ramai, di mana harga yang tiada tandingannya iaitu RM12.90 setiap satu. Menu itu direka khas untuk memenuhi pelbagai cita rasa dan pilihan yang lebih luas. Ramuan menyegarkan tersebut memberikan pilihan kepada pelanggan untuk menikmati sesuatu yang lebih premium untuk digandingkan dengan ayam goreng Korea kegemaran mereka.

Nikmati syurga dengan Mocktails KyoChon 1991 seperti Lychee Lagoon, Passion Cucumber Cooler, Peachy Lemon Tea dan Pink Passion Sprite, tersedia secara eksklusif. - 7KLIK 


[KREDIT: KyoChon - Terima kasih Emir Shaukey Hendry] 

Post a Comment

0 Comments