Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Aktivis teater Rosminah Tahir meninggal dunia


KUALA LUMPUR - AKTIVIS teater ternama tanah air, Dr Rosminah Mohd Tahir meninggal dunia di kediamannya di Keramat, di sini pada petang Ahad.

Allahyarham yang merupakan mantan Dekan Fakulti Teater Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (Aswara) itu menghembuskan nafas terakhir pada usia ke-65 yang baru sahaja disambut pada 13 Mei lalu.

Berita duka itu mengejutkan rakan dan kenalan Allahyarham yang sebelum ini kelihatan aktif menghadiri beberapa acara, malah tampak sihat tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit.

Difahamkan jenazah penggiat teater disegani ramai itu kini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan punca kematian belum dipastikan.

Ketika hayatnya, Rosminah cukup dihormati dalam dunia seni teater dan aktif mementaskan pelbagai naskhah yang rata-ratanya mendapat sambutan hangat dalam kalangan penonton baik di pentas berskala kecil mahupun besar.

Antaranya ialah Anugerah, Lantai T Pinkie, Ibu Zain, Malam Haram, Nyonya, Li Po, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der WjickMuzikal Tun Mahathir, Bahara Emas dan banyak lagi.

Allahyarham cukup dikenali sebagai sosok penyayang, mudah didekati dan tegas sebagai guru serta pengarah.

Jenazah Rosminah dijangka akan dibawa dan disemadikan di kampung halamannya di Muar, Johor. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments