Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Program dokumentari Syahadah angkat tema 'Kembara Sufi'


SELAMA 18 tahun bersiaran sepanjang Ramadan adalah satu tempoh yang cukup matang buat program dokumentari Syahadah mendapat tempat di hati penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tahun ini tidak terkecuali Syahadah kembali menambat hati dengan pendekatan dan perkongsian topik lebih menarik untuk penonton.   

Pengisian dakwah terbaik secara santai, program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM (UMD RTM) itu pastinya dinantikan oleh semua.

Kali ini turut menjanjikan pendekatan lebih segar dengan tema, Kembara Sufi. Pendekatan Kandungan Islamik dan Perspektif Komuniti luar negara yang memaparkan individu yang berhijrah ke Malaysia merangkumi kepelbagaian keilmuan tokoh.

Dokumentari tersebut membawa penonton menerokai kepelbagaian intipati bagi menyusuri keindahan Islam dalam konteks Kembara Sufi menerusi sudut perhijrahan komuniti luar mahupun individu terhadap cara hidup Islam di Malaysia.

Perkongsian sebanyak 20 episod ulang siar terbaik dan 10 episod baharu akan menemui penonton sepanjang Ramadan ini.

Antara tajuk menarik yang ditampilkan termasuklah Ilmu Hayat, Pengukir Dari Uzbekistan, Dari Uzbekistan Ke Sri Pahang, Perantau, Gerakan Orang Muda, Eksekutif Halal, Transformasi Yang Berani, Mata Hati, Jemaah Yang Mengimarah dan Hidayah Dakwah.

Setiap tajuk akan menampilkan tetamu untuk berkongsi kisah suka duka pengalaman hidup dilalui mereka. Antaranya pelakon Sidi Oraza dan pemain bola sepak dari Uzbekistan, Kuvondik Ruziev.

Tajuk-tajuk lain ialah Kebangkitan Marudu, Laungan Azan Mulu, Refleksi Tabarruj, Bukan Lagi Kifarah, Dakwah Bil Hikmah dan Wahyu Kensiu.

Syahadah sepanjang Ramadan setiap Selasa, jam 6 petang (siaran ulangan jam 4 pagi) di TV1. Penonton juga boleh mengikuti program itu daripada penstriman langsung secara percuma menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my ). - 7KLIK



[FOTO: RTM - Terima Kasih Nurul Fariza]

Post a Comment

0 Comments