Sebuah penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan apabila koleksi itu diinspirasi daripada lirik lagu nyanyian Ella sendiri yang berjudul Kasih.
Menurut pemilik nama sebenar, Norzila Aminuddin, 58, koleksi tersebutjuga membawa kepada intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.
"Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan dalam kalangan kita semua.
"Ella berharap koleksi ini akan menjadi pengingat kepada kita semua tentang tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menyokong dan menghormati hak asasi manusia bagi semua individu, tanpa mengira bangsa atau agama," ujarnya dengan penuh empati.
Bintang yang baru sahaja selesai menjayakan siri Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota itu turut menyeru orang ramai, terutama peminat dan pengikutnya untuk menyokong kempen 'Kasih' dengan mengambil bahagian dalam menyampaikan mesej solidariti dan keadilan kepada dunia.
"Mari bersama-sama kita tunjukkan bahawa kasih sayang itu tidak mengenal sempadan, dan kita bersama-sama memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk semua," katanya.
Dengan keprihatinan yang mendalam dan semangat kesatuan yang kuat, Ella dan Rockqueen mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyokong misi untuk mencipta dunia yang lebih adil dan berkasih sayang bagi semua.
Konsep
'Kasih' terinspirasi daripada keindahan hubungan manusia yang dibina atas asas kasih sayang dan empati. Dengan mengambil intipati daripada nilai-nilai murni dalam budaya setempat, Rockqueen membawa sebuah interpretasi moden yang tidak hanya menonjolkan keunikan rekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan kasih antara sesama.
Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono Seri, Abaya Hoodie Khaela, dan Baju Melayu Arjuna yang mana setiap satunya dibuat dengan sentuhan personal daripada Ella sendiri yang mencerminkan keistimewaan dan gaya sehariannya menyambut lebaran.
Lebih daripada sekadar fesyen, 'Kasih' menjadi seruan kepada inti kemanusiaan bersama. Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara di Palestin yang menghadapi tentangan yang menguji keadaan mereka.
Mesej Di Sebalik Kempen
Mengusung semangat 'Kasih' sebagai pengingat yang mendalam di tengah-tengah momen kebahagiaan, Rockqueen mengingatkan kita untuk selalu mengenang rakyat Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.
Istimewanya, kempen kali ini menampilkan Ella bersama dengan suami, Kapten Azhar dan Kaka Azraf sebagai pendukung utama kempen.
Menggunakan kabut dan kabus dalam sesi fotografi 'Kasih' sebagai metafora, menciptakan suasana awangan yang melambangkan cabaran yang dihadapi oleh rakyat di Palestin. Kabut mewakili tirai ketidakpastian, manakala kabus merujuk kepada jalan yang kabur yang mereka lalui.
Sementara kuda bermaksud dengan kehadirannya yang kuat dan megah, ia menjadi pusat perhatian sebagai lambang kebebasan. Lebih daripada peranan simboliknya, ia memberi nuansa pejuang, melambangkan kekuatan dan ketabahan.
Pilihan ini selaras dengan tema utama kempen, melampaui dunia fesyen untuk membangkitkan rasa solidariti dan keberanian.
Koleksi Kasih 2024
Koleksi ini menampilkan 10 jenis pakaian termasuk Seri (Abaya kimono), Khaela (Abaya Hoodie), Arjuna (Baju Melayu), dan lain-lain yang dihadirkan dalam dalam nuansa hitam dan putih, selain diberi sentuhan penuh makna.
Rockqueen 'Kasih' Eid Collection 2024 tidak hanya menampilkan keanggunan koleksi Raya tetapi juga memperkuatkan mesej mendalam kempen kali ini. Untuk informasi lebih lanjut tentang koleksi 'Kasih', boleh layari www.rockqueen.com.my . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: neo-raya-tampilkan-lebih-25-koleksi
ARTIKEL LAIN: tampilkan-rekaan-baju-melayu-see
ARTIKEL LAIN: fashion-fab-kongsi-inspirasi-kejayaan
[FOTO: Rockqueen]
0 Comments