Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Impian Vin jadi kenyataan, ‘Nail’ jadi pertaruhan


UMPAMA mimpi menjadi kenyataan, penyanyi baharu Korea, Vin teruja berkongsi album sulungnya berjudul Nail yang kini rilis di pelbagai laman muzik dalam talian pada 17 Februari lalu.

Single dengan judul sama itu kedengaran istimewa dengan penyampaian vokal Vin yang unik, jelas, dan memikat. Penyanyi berbakat itu dibantu oleh penulis lagu dan penerbit Yoon Sang-jo serta Kang Yeon-wook yang sebelum ini pernah bekerja dengan artis K-pop terkenal seperti IZ*ONE dan Ryu Soo-jung.

Sepanjang proses rakaman, mereka turut membantu Vin untuk meningkatkan daya tarikannya dalam lagu tersebut dan memberikan versi terbaiknya.

Lagu yang menceritakan tentang perasaan seorang wanita yang biasa menggigit kuku sambil mengenangkan kekasih yang telah pergi itu dikuatkan dengan skor Lo-Fi serta melodi catchy.

Akui Vin, pelancaran album tersebut adalah sesuatu yang sangat dinantikan setelah lebih lapan tahun menjalani latihan dan nyanyian dan persembahan.

"Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album di bawah nama sendiri selepas menjalani latihan yang lama.

"Saya ingin berjumpa dengan peminat-peminat saya melalui pelbagai aktiviti yang bakal diadakan dalam kamsa terdekat," katanya.

Kerjaya seni Vin diuruskan agensinya Koongworld, manakala pengurusan hak cikpta lagu Nail di Malaysia adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd yang dimiliki Datuk M.Nasir. - 7KLIK



[FOTO: Luncai Emas - terima Kasih Opie]

Post a Comment

0 Comments