Hot Posts

6/recent/ticker-posts

IFTAR@KL 2024 kembali, tonjolkan konsep makan dalam dulang


KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan program Iftar @KL selama enam hari iaitu pada 23, 24, 30, 31 Mac dan 6, 7 April ini.

Acara yang saban tahun mengisi kalendar JKKN bersempena bulan Ramadan itu bakal berlangsung di Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur bermula jam 5 petang hingga 11 malam.

Menariknya pada edisi kali ini, JKKN membawa kelainan kepada pengunjung dengan menyediakan hidangan berbuka puasa berkonsepkan makan berjemaah di dalam dulang atau talam.

Antara pengisian lain turut menarik perhatian adalah Program Jom Exchange Al-Quran yang merupakan program kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri iaitu pemulangan Al-Quran yang tidak mendapat kelulusan dari pihak KDN dan digantikan dengan Al-Quran yang telah diluluskan oleh KDN.

Antara pengisian menarik IFTAR @KL 2024

JKKN dengan kerjasama Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) juga akan mengadakan malam ‘Suara Dari Gaza’ iaitu persembahan deklamasi puisi dan persembahan nasyid sebagai manifestasi solidariti masyarakat malaysia kepada umat islam di Palestin.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut disediakan kepada pengunjung termasuk Penyediaan dan Pengagihan Bubur Lambuk, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadan, Bicara Ramadan, Sukarelawan Skuad Budaya, Kaunter Zakat Fitrah dan Jualan Makanan Food Truck.

Pengunjung juga akan diserikan dengan persembahan artis dan penceramah jemputan iaitu Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Da’i Aiman, Kumpulan Hijjaz, Bro Amin Idris, Umar Uzair, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Nabil.

Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web rasmi JKKN, www.jkkn.gov.my- 7KLIK


[FOTO & VIDEO: JKKN - Terima Kasih Nik Fadly]

Post a Comment

0 Comments