Once yang merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Indonesia berharap agar dapat memperbaiki sturuktur dalam dunia muzik selain membantu masyarakat dalam kelangsungan hidup sehari-hari.
Sementelah sejak sekian lama sudah ramai rakan seangkatan dari dunia seni terjun ke dunia politik dan bersama mereka, Once, 54, mahu mencetuskan sesuatu yang lebih baik dan positif untuk industri kreatif Indonesia.
“Saya mahu memperjuangkan isu berkaitan artis mengenai hak cipta serta undang-undang. Banyak perlu diperjuang terutama dari segi hak cipta dan undang-undang untuk terus membangunkan industri kreatif Indonesia.
“Selain itu saya mahu mendengar serta membantu masyarakat. Saya lebih senang anggap diri wakil rakyat daripada ahli politik kerana mahu dekat dengan rakyat,” katanya.
“Setidaknya saya mahu dikenali sebagai wakil rakyat dengan imej bersih dan boleh dipercayai,” katanya yang masuk bertanding pada Februari lalu.
Meski mungkin akan menggalas tanggungjawab baharu sebagai wakil rakyat, Once mengatakan sama sekali tidak akan meninggalkan dunia seni terutama sebagai penyanyi.
Malah, buat peminat di Malaysia, Once bakal tampil pada Konsert Trio Terhebat 1.0 bersama Marcell dan Bams di Planery Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 Mei depan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
[FOTO: Icon Entertainment - Terima kasih Opie]
0 Comments