ASTRO teruja menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih daripada 600 jam tontonan dan pengisian bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.
Bertepatan dengan tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, penpnton bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan.
Ia bertujuan merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah.
Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran barisan duta kempen bagi menyampaikan mesej positif kepada masyarakat. Mereka terdiri daripada Datuk Jalaluddin Hassan, Hun Haqeem, Mierul Aiman, Qasrina Karim dan Erysha Emyra.
Menariknya, kempen Ramadan Astro 2024 turut dilengkapi dengan penganjuran program Assalamualaikum, iaitu program pra-pengaktifan kempen Ramadan yang dijalankan di beberapa lokasi terpilih dengan tujuan untuk lebih mendekati dan meluangkan masa bersama masyarakat setempat. Program itu telah berlangsung di Johor Bahru, Terengganu, Kelantan, manakala Pahang pada 7 Mac.
Ketua Saluran Astro Ria, Prima & Warna, Norzeha Mohd Salleh, berkata, pihaknya sentiasa berusaha menyajikan kepelbagaian program yang baharu dan menarik di sepanjang tahun bagi menepati citarasa setiap pelanggan Astro.
"Pada Ramadan tahun ini, pihak Astro tidak terkecuali dalam menghasilkan sesuatu yang istimewa, di mana kami telah menyusun seleksi program serta aktiviti yang sarat dengan pengisian positif dan bermanfaat, agar boleh dinikmati oleh setiap lapisan umur mengikut pilihan masing-masing.
"Lebih daripada 90 kandungan baharu yang menarik telahpun tersedia buat para pelanggan Astro pada Ramadan ini. Kami menawarkan pelbagai program baharu dengan jumlah keseluruhan berdurasi tayangan melebihi 620 jam, yang mana 80% lebih tinggi dari tahun sebelumnya.
"Menyuntik tema kempen, ‘Masa, Anugerah Terindah’, program yang bakal disajikan kepada para penonton juga bertepatan dengan mesej ingin disampaikan kepada semua bahawa keindahan masa boleh dicapai apabila penonton mengambil peluang untuk menikmati kandungan-kandungan Astro bersama keluarga," ujarnya.
Barisan duta kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 yang terdiri daripada Mierul Aiman (kiri), Qasrina Karim, Datuk Jalaluddin Hassan, Erysha Emyra dan Hun Haqeem |
Sorotan kandungan menarik
Platform Televisyen
Para pelanggan Astro dapat menikmati sajian kandungan menarik yang merangkumi program keagamaan, drama terbaik, pengisian hiburan, gaya hidup dan animasi yang membawa masa yang lebih untuk bersama keluarga di sepanjang Ramadan.
Antaranya termasuklah program Jom Khatam, Tahu Ke Tidok Musim 3, Malam Ini: Ustaz Don, Geng Ngaji Musim 5, Ustaz! Saya Confuse, Bidadari Syurga Musim 2.
Astro juga bakal menyajikan enam drama baharu sepanjang Ramadan 2024 seperti Takdir Itu Milik Aku yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, di Astro Ria; Khun:sa (Isnin-Khamis: 9 malam, Astro Ria, Malang Si Puteri (Isnin-Jumaat:6 petang, Astro Ria), Hero Seorang Cinderella 2 (Ahad: 9 malam, Astro Ria), i.D (Jumaat, Astro Premier:saluran 410) dan Kampung Puasa (Jumaat, Astro Ceria: saluran 611).
Program variasi santai penuh inspirasi pula bakal menyajikan Healing With Zizan, menampilkan barisan selebriti lelaki Malaysia akan berkongsi masa dan meluah rasa tentang kisah hidup mereka yang tidak pernah dipaparkan di mana-mana, pada setiap Isnin, jam 11 malam di Astro Ria; MeleTOP Moreh,(Selasa: 11 malam, Astro Ria), Rasa: Mak Ajar Masak, (Isnin-Jumaat: 7 malam, Astro Ria), Rizz-Start (Khamis: 11 malam, Astro Ria) dan Kongsi Kasih (Jumaat: 7.30 malam, Astro Ria.
Program pentas komedi No. 1 Malaysia, Sepahtu Reunion Live Moreh pula bakal bersiaran langsung menghiburkan penonton sepanjang Ramadan pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna; Kak Lina ter’over’ Take Over dan Yak Yak Yey (Jumaat, Astro Warna).
Sementara filem menarik sepanjang Ramadan di Astro Citra menampilkan Tilam Perca yang akan bersiaran pada 30 Mac depan dan Satu Hari Sebelum Raya (6 April).
Tidak ketinggalan program kanak-kanak, Upin & Ipin Iqra, Upin & Ipin Ramadan, Omar & Hana, Papa Pipi Ramadhan Raya, Nussa The Movie dan lain-lain.
Platform Digital
Peminat kandungan digital juga boleh turut berhibur dan menyaksikan program-program terbaik yang disediakan.
Program You Know Nothing About Cooking akan menampilkan barisan selebriti popular tempatan termasuk Sherry Alhadad, Jihan Muse, Hazama, Amelia Henderson, Zizan Razak, Nabila Huda dan ramai lagi yang ingin mempelajari menu masakan. Program ini akan memulakan siaran pada 11 Mac ini.
Diikuti program siri Islamik, Budak Bedak The Series (13 Mac), Hype Hafiz S2 (14 Mac), Saya Puasa Lah! (19 Mac) yang boleh disaksikan menerusi platform Astro Gempak.
Astro First
Peminat filem boleh menyaksikan pelbagai filem-filem menarik yang akan disiarkan di saluran Astro First. Antaranya seperti 19 Puasa Playboys of Plastik Hitam pada 28 Februari), Jin Qorin (7 Mac), Korsaoff (14 Mac), Janin Iblis Neraka (28 Mac), Asan Lembu The Movies (28 Mar).
Platform Radio
Pendengar Astro Radio juga boleh terus menikmati keindahan Ramadan dengan program-program menarik di radio.
Radio ERA akan melancarkan Ramadan Kampung ERA iaiatu acara berbuka puasa, Solat Terawih dan moreh bersama penduduk kampung. ERA Sabah pula membuka peluang kepada peminat untuk memberi cadangan menu masakan berbuka dalam Apa Kau Sungkai, manakala ERA Sarawak akan mengadakan aktiviti berbuka puasa dalam Sungkai Paling Tinggi.
Sementara radio Sinar akan memberi bantuan Ramadan dan Raya dalam Sodaqah Sinar, manakala radio Gegar pula menganjurkan Tadarus Ramadan Gegar, di mana personaliti radio akan bertadarus bersama Ustaz Zarifi pada setiap Khamis.
Zayan turut menjalankan aktiviti Ramadan termasuk program Zayan Terjah Bazar Ramadan yang akan dijalankan di bazar terpilih, aktiviti Zayan Motorhome Moreh Tour dengan menjelajah masjid-masjid untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan berterawih, serta berkongsi rezeki dalam Zayan Bubur Lambuk yang akan dijalankan dengan kerjasama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pengisian kandungan Ramadan Astro 2024, boleh layari www.astroramadan.com.my atau ikuti platform media sosial Astro Malaysia. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: marvel-animations-x-men-97-to-stream-on
ARTIKEL LAIN: sissy-imann-bawa-keluarga-meriahkan
ARTIKEL LAIN: soaring-into-year-of-dragon-must-watch
[FOTO: Astro]
0 Comments