OLEH: Aileen Adam
BINTANG sensasi, Lisa Blackpink bakal membuat kemunculan pertamannya sebagai pelakon apabila HBO mengesahkan anggota kumpulan Blackpink itu akan beraksi dalam siri The White Lotus musim ketiga.
Lisa, 27, yang akan menggunakan nama penuhnya, Lalisa Manobal, kini menyertai barisan pelakon lain yang diumumkan sebelum ini termasuk Leslie Bibb, Carrie Coon, Francesca Corney, Nicholas Duvernay, Arnas Fedaravičius, Christian Friedel, Scott Glenn, Walton Goggins, Dom Hetrakul, Sarah Catherine Hook, Jason Isaacs dan ramai lagi.
Siri itu akan memulakan pengeluaran di sekitar Koh Samui, Phuket dan Bangkok pada bulan ini dan HBO telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan Thailand sebagai sokongan penggambaran dan promosi musim ketiga siri tersebut.
Penampilan Lisa yang sebelum ini dikenali sebagai rapper dan penari utama dalam kumpulan Blackpink itu dalam bidang lakonan amat dinantikan peminatnya, apatah lagi setelah kerjaya solo bintang asal Thailand itu kini diuruskan agensi miliknya sendiri, LLOUD Co.
Lisa mengikuti jejak langkah, Jennie yang sebelum ini membuat penampilan dalam bidang lakonan menerusi Siri Original HBO: The Idol yang ditayangkan pada Jun tahun lalu.
The White Lotus musim pertama yang menjalani penggambaran di Hawaii, Amerika Syarikat itu bersiaran buat pertama kali pada Julai 2021. Siri itu turut menerima 20 pencalonan dan menang 10 kategori di Anugerah Emmy.
Sementara musim keduanya yang menjalani penggambaran di Sicily, Italy pula disiarkan pada Disember 2022. Ia turut menerima 23 pencalonan dan menang lima kategori termasuk Drama Siri Terbaik pada acara anugerah sama.
Ditulis dan diarahkan oleh Mike White, Siri Original HBO: The Idol diterbitkan secara eksekutif oleh White, David Bernad, Mark Kamine. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
[KREDIT: HBO]
TONTON VIDEO PILIHAN
0 Comments