Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menu baharu makan tengah hari, Kyochon dihidangkan dalam masa hanya 10 minit



BERSIAP sedia untuk menyegarkan hidangan tengah hari anda dengan menu baharu KyoChon 1991 Malaysia yang menyajikan kelazatan hidangan Korea yang autentik dengan harga berpatutan dalam masa 10 minit sahaja.

KyoChon 1991 menawarkan menu makan tengah hari menarik di beberapa lokasi Utama iaitu The Gardens Mall, IOI City Mall, Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur, dan MyTown KL, pada hari minggu dari jam 11 pagi hingga 3 petang.

Menu tersebut akan diperluas ke outlet-outlet lain secara berperingkat tidak lama lagi. Antara yang menarik termasuk Set Ayam Bulgogi, Set Salad Salsal, Set Japchae, dan Set Bibimbap Ayam Tanpa Tulang, disertakan dengan sup rumpai laut dan minuman percuma.

Menjanjikan 10 minit penyediaan menu, pengunjung boleh menikmati setiap hidangan tanpa perlu tergesa-gesa. Menariknya, para pelanggan bakal menerima pampasan baucar makanan percuma jika menu makan tengahari tersebut tidak berjaya disajikan dalam masa 10 minit.

Menurut Pengurus Pemasaran KyoChon 1991 Malaysia, Nic Tai, konsep tersebut diperkenalkan kerana memahami situasi pelanggan yang sentiasa mengejar masa terutamanya pada waktu tengah hari.

"Ini adalah sesuatu yang baharu dan menarik kami cuba tawarkan kepada pelanggan kami kerana kami tahu setiap orang sedang berlumpa-lumba melawan masa semasa waktu makan tengah hari," katanya.

KyoChon mempunyai lebih daripada 1,300 buah kedai di seluruh dunia termasuk di Korea Selatan, Malaysia, Amerika Syarikat, China, Indonesia, Thailand dan Arab Bersatu. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web KyoChon 1991 di https://kyochon.com.my/- 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 
[KREDIT: KyoChon 1991]

Post a Comment

0 Comments