Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kini miliki agensi sendiri, Jisoo perkenalkan Blisso


OLEH: Aileen Adam
ANGGOTA kumpulan Blackpink, Jisoo terus melangkah ke depan dalam merencana kerjaya solo dengan memperkenalkan agensi miliknya sendiri Blissoo.

Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Jisoo, menerusi akaun Instagram rasmi miliknya pada Rabu.

"Hello, ini Jisoo. Saya teruja untuk berkongsi permulaan baharu saya dengan Blissoo. Nantikan apa yang akan datang, kerana saya berdedikasi untuk membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada setiap daripada anda.

"Teruskan mencurahkan kasih sayang dan sokongan anda untuk Jisoo bersama Blissoo, dan juga untuk Blackpink. Terima kasih," ujarnya menerusi hantaran yang dibuat di Instagram Story.

Agensi Blissoo akan memfokuskan kepada aktiviti solo bintang berusi 29 tahun itu dalam bidang muzik, lakonan dan pelbagai aktiviti seni lain.


Dalam pada itu, Blisoo turut membuka akaun Instagram rasmi @blissoo_official untuk berkongsi perkembangan terkini bintang K-Pop kesayangan ramai itu.

"Melangkaui sempadan genre dan bidang, misi kami adalah untuk berkongsi kebahagiaan yang dicipta oleh Jisoo dengan cara uniknya sendiri," ujarnya.

Terdahulu, Jennie telah membuka syarikat pengurusannya sendiri iaitu Odd Ateliar pada Disember lalu, diikuti Lisa dengan Lloud, dengan tujuan sama, untuk menguruskan aktiviti solo mereka.

Sementara itu, Rose masih belum berkongsi tentang pengurusan baharu atau agensi rasmi yang akan menguruskan kerjaya solonya.


Bagaimanapun aktiviti berkumpulan bersama Blackpink masih lagi diuruskan oleh agensi sama, YG Entertainment yang sebelum ini bertanggungjawab memperkenalkan mereka dalam industri seni. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 

Post a Comment

0 Comments