Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[REVIEW] Kehambaran Madame Web


FILEM Madame Web daripada Sony’s Spider-Man Universe (SSU) baru sahaja menemui penonton di seluruh pawagam pada 14 Februari lalu.

Naskhah arahan S.J. Clarkson itu merupakan filem keempat di SSU selepas siri Venom dan Morbius yang merupakan spin off daripada karaktor ikonik Marvel, Spider-Man.

Madame Web menampilkan Dakota Johnson sebagai teraju utama yang menjayakamn watak Cassandra atau Cassie Webb, seorang pembantu perubatan yang hampir meninggal dunia setelah terjunam ke dalam air akibat kemalangan kereta.

Selepas kejadian itu Cassie mendapati dirinya tiba-tiba mempunyai kebolehan melihat masa depan, selain firasat yang kuat terhadap sebelum sesuatu kejadian berlaku.

Konflik bermula apabila Cassie secera tidak sengaja bertembung dengan tiga remaja iaitu Julia Cornwall (Sydney Sweeney), Mattie Franklin (Celeste O’Connor), dan Anya Corazon (Isabella Merced) dan cuba menyelamatkan mereka daripada buruan penjahat, Ezekiel Sims (Tahar Rahim).


Pada awalnya kehadiran filem ini mengundang teruja ramai pengikut komik Marvel yang ingin melihat bagaimanakah kehebatan Madame Web menyelamatkan dunia sebagaimana superhero lain dalam siri komik kegemaran ramai itu.

Bagaimanapun ekspektasi yang diberikan itu seperti tidak berlaku dalam filem ini yang tampil dengan sajian hambar dalam banyak aspek terutama plot cerita kabur tanpa sebarang impak memuaskan kepada tontonan.

Malah karakter Cassie yang sepatutnya dijadikan fokus utama superpower itu juga tidak dikembangkan dengan sebaiknya, malah terperangkap dengan penceritaan yang huru-hara. Begitu juga dengan karakter-karakter lain, termasuk villain yang tidak memperlihatkan secara total peranannya dalam karya ini.

Banyak karakter yang tidak jelas latar belakang dan peranan mereka, selain babak-babak mengelirukan sehingga menimbulkan banyak persoalan kepada penonton. Misalnya logik kenapa Ezekiel tidak diburu puak Las Aranas  ketika mencuri labah-labah istimewa ketika di Amazon ataupun bagaimana misinya hanya terhad untuk memburu tiga gadis remaja yang dikhuatiri akan membunuhnya pada masa depan.



Berbeza dengan siri filem Marvel yang lainnya, Madame Web juga tampil dengan babak aksi yang sangat sedikit, sekali gus menjadikan filem tersebut bergerak sangat perlahan dan agak mengecewakan penonton.

Biarpun menampilkan bariasan pelakon ternama, tetapi ia tidak mampu menutup kekurangan yang jelas terlihat dalam filem ini. Malah lakonan Dakota Johnson seperti tidak berada di level sepatutnya dalam membawakan watak sebesar itu. Kehadiran Sydney Sweeney juga agak tenggelam dan tidak memberikan apa-apa nilai tambah.

Secara keseluruhannya, filem ini sedikit mengecewakan tetapi masih boleh ditonton untuk hiburan. Madame Webb kini ditayangkan di seluruh pawagam sejak 15 Februari lalu. - 7KLIK



MADAME WEB
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P12
Genre: Superhero/thriller
Durasi: 1 jam 56 minit
Pengarah: S.J. Clarkson
Pelakon: Dakota Johnson, Sydney Sweeney, Celeste O'Connor, Isabela Merced, Tahar Rahim, Mike Epps, Emma Roberts, Adam Scott
Edaran: Sony Pictures Entertainment
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2024
Bintang: 4/10 

Post a Comment

0 Comments