IKON pop, Celine Dion bakal tampil dalam sebuah dokumentari khas, yang akan mendedahkan penderitaan dilaluinya setelah menghidap penyakit Stiff Person Syndrome (SPS) atau Sindrom Orang Kaku sejak Disember 2022.
Dion, 56,berkata, dokumentari berjudul 'I Am: Celine Dion' itu akan mendedahkan perjalanan dan penderitaan yang dilaluihyna sejak disahkan menghidap penyakit yang masih belum ada penawarnya itu, sejak dua tahun lalu.
Dion berharap perkongsian yang itu dapat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit itu menerusi penerbitan dokumentari.
"Dua tahun sangat mencabar buat saya. Bermula selepas dimaklumkan mengenai penyakit SPS hinggalah kepada terpaksa terima hakikat yang saya perlu melaluinya dan mengurusnya.
"Sepanjang tempoh berehat ini, saya berhasrat mendokumentasikan sebahagian daripada hidup saya untuk meningkatkan kesedaran kepada mereka yang masih kabur mengenai penyakit SPS dan memberi semangat kepada insan senasib untuk berkongsi pengalaman," ujarnya.
Difahamkan dokumentari tersebut akan disiarkan menerusi saluran penstriman, Amazon Prime Video. Bagaimanapun saluran tersebut belum mengumumkan tarikh tayangan dokumentari yang akan disiarkan di lebih 240 negara dan wilayah itu.
Bintang asal Kanada itu mengakui serangan SPS mengakibatkan ototnya tidak dapat dikawal sehingga mengganggu percakapan dan dan mempunyai masalah untuk berjalan.
Situasi tersebut memaksa Dion untuk membatalkan semua konsert jelajah Eropah yang sepatutnya bermula Februari tahun lalu.
Pun begitu, penyanyi lagu The Power Of Love itu sentiasa positif dan tidak mahu menyerah kalah pada penyakit yang sangat jarang ditemui itu, malah mengumpul kekuatan untuk segera pulih. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: g-dragon-bakal-tubuh-yayasan-anti-dadah
ARTIKEL LAIN: which-k-drama-oppa-would-you-take-home
ARTIKEL LAIN: temui-pengganti-bcl-bakal-nikah
0 Comments