Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Citarasa Khazanah, bufet Ramadan MiCasa All Suite Hotel sedia pelbagai hidangan menarik



BULAN Ramadan bakal diraikan tidak lama lagi dan pastinya juadah dan lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga antara yang menjadi perhatian. Pelbagai promosi awal pakej berbuka puasa telah dilancarkan oleh pelbagai restoran dan hotel dengan sajian yang cukup menarik.

Tidak terkecuali MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur yang menampilkan pelbagai hidangan terbaik bertemakan Citarasa Khazanah menerusi masakan warisan tradisional dari seluruh negeri.

Citarasa Khazanah yang disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya bakal menyajikan pelbagai hidangan dengan menampilkan campuran hidangan istimewa tempatan dan barat yang pasti akan membuka selera anda selepas sehari berpuasa.

Antaranya ialah hidangan istimewa utama Kambing Golek bersama rempah ratus dan juga pelbagai hidangan istimwa seperti Ketam Goreng, Satay Ayam dan Daging bersama kuah kacang, Tradisional Mee Kari, Cucur Udang yang rangup, Pisang Goreng, Donut Gebu, Tofu Bergedil, dan juga keaslian Kerepok Lekor Terengganu di gerai-gerai yang disediakan.


Tidak ketinggalan pelbagai menu pembuka selera seperti salad hijau yang menyegarkan, Rojak Buah segar dan Ulam-Ulaman berserta sambal klasik terdiri daripada sambal belacan, tempoyak, budu dan pastinya menambah selera makan anda.

Bagi penggemar makanan laut, mereka juga boleh menikmati kesegaran 'Lautan Seafood' dengan penuh kepuasan.

Tidak lengkap jika tidak disertai dengan pencuci mulut yang disediakan dalam pelbagai bentuk dan rasa sebagai penutup hidangan. Antaranya seperti kuih-muih tradisional, Bubur Chacha, Bubur Pulut Jagung, Tau Fu Fah, kek mini, dan pelbagai manisan.

Bufet atau Makan Malam Citarasa Khazanah MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur ini akan bermula pada 12 Mac sehingga 5 April depan, pada 6 petang hingga 10 malam.

Tidak hanya menu dan jaudaha menarik, MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur juga menawarkan harga berpatutan untuk dinikmati semua pengunjung.


Jualan harga promosi 'early bird' bermula dari 29 Januari hingga 29 Februari 2024 pada harga RM119 untuk dewasa dan RM95 untuk warga emas dan kanak-kanak. Promosi ini juga menawarkan dengan pembelian berkumpulan iaitu beli 10 percuma satu.

Sementara itu, Bufet Citarasa Khazanah ditawarkan pada harga RM139 untuk dewasa dan RM95 untuk warga emas serta kanak-kanak pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula 21 Mac 2024 hingga 5 April 2024. Selain itu, harga RM168 pula untuk dua orang pada setiap hari Ahad hingga Rabu bermula dari 12 Mac hingga 3 April 2024.

Untuk tempahan, sila hubungi 03-21788000 atau Whatsapp 017-2196126 atau emel kepada fnbkul@micasahotel com. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN: 
[KREDIT: MiCasa All Suite Hotel Kuala Lumpur]

Post a Comment

0 Comments