Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Bintang Secret Love, Hwang Jung-eum kembali tuntut cerai


AKTRES jelita, Hwang Jung-eum kembali tampil membuat tuntutan cerai terhadap suaminya, Lee Young-don apabila gagal untuk terus mempertahankan perkahwinan yang dibina.

Sebelum ini, Jung-eum, 40, pernah mengambil tindakan serupa pada Julai, 2021 ketika berdepan pergolakan dalam rumah tangganya itu, bagaimanapun kembali rujuk selepas menjalani proses mediasi.

Agensi pengurusannya, Y1 Entertainment mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

"Setelah banyak pertimbangan, Hwang Jung-eum memutuskan untuk tidak lagi mempertahankan perkahwinannya dan kini dalam proses membuat tuntutan cerai," ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan media tempatan pada Khamis.

Bagaimanapun, agensi terbabit berkata, pihaknya tidak dapat berkongsi lebih lanjut tentang perkembangan tersebut, tetapi memohon orang ramai agar tidak membuat spekulasi sendiri.

"Kami harap semua pihak memahami kerana butiran lanjut seperti seperti punca perceraian tidak dapat dikongsi memandangkan ia adalah masalah peribadi.

"Selain itu, kami memohon orang ramai untuk tidak membuat berspekulasi atau memberikan laporan provokatif yang akan merosak reputasi artis kami dan anak-anaknya," tegas kenyataan itu.

Terdahulu Hwang Jung-eum dan Lee Young-don yang juga merupakan pemain golf profesional, melangsungkan perkahwinan pada Februari 2016 di Seoul Silla Hotel. Majlis itu diadakan secara tertutup dan dihadiri 700 tamu. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia tujuh dan tiga tahun.

Jung-eum popular dengan drama romantik komedi seperti Can You Hear My Heart, Secret Love, Kill Me Heal Me, She Was Pretty, Lucky Romance, The Undateables, Mystic Pop-up Bar, Men Are Men dan yang terbaharu, The Escape Of The Seven- 7KLIK


Post a Comment

0 Comments