Debut solo tersebut merupakan karya ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi Aiman Sidek yang diedarkan di bawah syarikat rakaman NAR Records.
Arul, 29, mengakui mengambil masa yang lama untuk keluar dari linkungan media sosial yang telah diceburinya lebih 10 tahun lalu.
"Bukan saya takut, cuma masanya belum sesuai sebelum ini. Sekarang adalah masa paling tepat untuk saya mencuba keluar dari kepompong kebiasaannya.
"Peluang yang diberikan Aiman Sidek dan Nar Records menjadi pemangkin kepada saya untuk terus mencuba dan berjaya dalam industri muzik Malaysia," ujarnya yang cukup dikenali di platform TikTok dengan konten yang mencecah ratusan ribu tontonan.
Jelas Arul, Jagakan Dia merupakan sebuah karya indah dan mempunyai maksud tersendiri.
"Ia boleh jadi kisah cinta, persahabatan atau pun kekeluargaan. Mengikut interpretasi individu masing masing.
"Saya harap Jagakan Dia dapat menambat hati para pendengar Malaysia mahupun negara serantau. Semoga lagu ini dapat bawa saya lebih jauh dalam industri muzik tanah air," katanya.
Selepas sehari muzik video Jagakan Dia dilancarkan, ia berjaya menarik perhatian ramai apabila mencecah lebih 100,000 tontonan dan trending di YouTube. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: mula-de-fam-buka-lembaran-baharu-2024
ARTIKEL LAIN: elly-mazlein-terharu-dedikasi-astro
ARTIKEL LAIN: politik-muzik-fariz-hazurin-untuk
[FOTO: Seventeen Eleven Entertainment - Terima kasih Azahari Jaafar]
0 Comments