WATSONS Malaysia meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan kempen #HappyBeautifulYear 2024, bertajuk Enter the Dragons bersempena Tahun Naga. Kempen itu bertujuan untuk memupuk semangat muhibah, penekanan terhadap kesatuan keluarga, serta kepentingan penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Tema #HappyBeautifulYear 2024 juga adalah untuk berkongsi kemeriahan dengan semua orang, termasuklah pelanggan setia dan ahli Watsons dalam meraikan perayaan Tahun Baru Cina eksklusif bersama Watsons, dengan tawaran menarik di cawangan dan di dalam talian termasuklah keistimewaan sebagai ahli.
Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International, Caryn Loh, berkata, sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia, Watsons ingin berkongsi tema perayaan tahun ini bersama orang ramai – iaitu untuk memupuk rasa muhibah dan kemeriahan perayaan serta kegembiraan bersama mereka yang tersayang.
"Harapan saya di Tahun Baru, tahun naga ini dapat memberikan anda kesihatan, kekuatan dan kejayaan. Kami berharap orang ramai dapat menikmati kempen #HappyBeautifulYear 2024 Watsons dan menikmati penjimatan ketika berbelanja dengan kami.
“Bersempena Tahun Baru juga, Watsons sentiasa di hadapan dalam memberi sumbangan kepada komuniti setempat. Kami telah melawat lebih 14 rumah jagaan orang tua dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia dan menyalurkan sumbangan dan bantuan seperti produk kegunaan harian, makanan tambahan, alat penjagaan diri, dan makanan bernilai hampir RM100,000.
"Kami berharap dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan hari mereka ketika musim perayaan ini,” ujarnya.
Filem kempen Enter the Dragons 2024 menjanjikan pengembaraan yang menghiburkan dan menarik bagi keluarga Naga dengan menyaksikan konsep berbeza di mana penonton akan mengikuti naratif pengembaraan yang tidak tertakluk kepada garis masa yang tetap.
Kisahnya bermula apabila keluarga Naga menerokai pelbagai cara untuk berkongsi rahsia kesihatan dan kecantikan dengan Long Mama.
Pembikinan filem tersebut amat istimewa di mana Watsons Malaysia mengetengahkan artis antarabangsa Mimi Choo, dan Duta Watsons iaitu Phei Yong, bersama dengan rakan Selebriti Watsons seperti Han Xiiao Aii, Amber Chia, Perry Kuan, Joey Kong, Mark O’Dea, Alvin Wong, Chelsia Ng, dan ramai lagi.
Sementara itu, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pelanggan, Watsons Malaysia, Danny Hoh, berkata, sebagai permulaan kepada kempen #HappyBeautifulYear 2024, Watsons kini menawarkan jualan menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus (%) untuk barangan keperluan kesihatan dan kecantikan, hamper Tahun Baru Cina, penjimatan kesihatan dan kecantikan lebih daripada RM200 dan tambahan potongan RM18 dengan perbelanjaan minimum di cawangan atau dalam talian.
"Tahun ini Ahli Watsons akan menikmati lebih banyak ganjaran dengan hadiah utama bernilai RM3,888,888, termasuklah kereta elektrik Tesla, peranti Apple dan baucar Watsons.
“Selain tawaran hadiah, ahli Watsons juga akan menikmati hadiah dengan setiap pembelian seperti sampul angpow, bag guna semula edisi terhad, dan ahli Watsons Elite juga akan berpeluang menerima Yee Sang Plate secara percuma dengan perbelanjaan minimum.
"Tidak lupa juga Jualan Istimewa dalam talian pada 18 Januari dan 28 Januari 2024 dengan diskaun sehingga 80% dan pelbagai tawaran menarik yang lain,” katanya.
Untuk menyertai peraduan tersebut, ahli Watsons perlu membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM80 di cawangan atau dalam talian dengan menggunakan kad Visa daripada sekarang sehingga 29 Februari 2024. Untuk maklumat lanjut, sila lawati https://www.watsons.com.my/member-monthlyspecial . - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: skyline-luge-kuala-lumpur-buka-kepada
ARTIKEL LAIN: sooka-serba-baharu-tawar-harga-menarik
ARTIKEL LAIN: oppo-collaborates-with-epic-games-to
[FOTO: Watsons Malaysia]
Enter the Dragons kini boleh ditonton secara rasmi di saluran YouTube dan semua media sosial rasmi Watsons.
0 Comments