Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menghibur dalam mendidik, Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy Of Sound beri impak positif pada penonton


KUALA Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) menjadi hos kepada malam muzik, kisah perjalanan seni dan persembahan memukau yang tidak dapat dilupakan di Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound, pada Sabtu lalu.

Konsert istimewa yang dibawakan oleh AfroZapin Network, sebuah produksi milik Datuk Zainalabidin dan disokong MyCreative Ventures dengan kerjasama rakan penaja utama, CIMB Bank dan Yayasan CIMB  itu menyaksikan Auditorium Pentas 1 dipenuhi penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang, termasuk hampir 300 pelajar Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Universiti UCSI dan Universiti Limkokwing.

Datuk Zainalabidin tampil menghiburkan penonton dengan 10 buah lagu, antaranya seperti Bongkar, Damai, Sabar, Manis, Khayalan, Hijau dan lagu terbaharu Tiba Masa, sebelum menutup persembahan dengan menyanyikan lagu Ikhlas Tapi Jauh.

Persembahan penuh energi itu diselangi dengan perkongsian kisah-kisah mengenai pengalaman dan perjalanan kerjayanya dalam bidang seni.

Turut bersama penyanyi yang juga merupakan bekas vokalis Headwind itu untuk berkongsi pengalaman mereka dalam industri hiburan di pentas termasuk Sunil Kumar iaitu seorang jurutera bunyi berjaya, Steve Thorton (pemain perkusi), dan Michael Veerapen (maestro muzik).


Tidak hanya itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan daripada Pija Yasin (Juara Mentor TV3), dan One Juicy (penari B-Boy terbaik Asia dan juara program The Band - Astro Ria). Kedua-dua penyanyi undangan itu merupakan anak didikan Zainal.

Sound Spirit Zainalabidin: The Legacy of Sound ternyata mencapai misinya apabila tampil dengan persembahan berimpak  dalam landskap budaya dan seni muzik tanah air.  - 7KLIK

[FOTO: AfroZapin Network]

Post a Comment

0 Comments