SHAH ALAM: Smart Selangor Delivery Unit (SSD), bersama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) telah melancarkan Kempen Peraduan CEPat–CEPat Menang, bertempat di Dataran Subang Parade, Subang.
Kempen Peraduan CEPat – CEPat Menang yang telah bermula 29 November 2023 lalu adalah sebagai salah satu daripada cabang hebahan inisiatif Smart Selangor di bawah tonggak Urus Tadbir Pintar (Smart Governance), bagi menggalakkan masyarakat menggunakan aplikasi pintar sebagai medium transaksi pembayaran servis-servis pihak berkuasa tempatan seterusnya bagi menyantuni orang awam, terutamanya penduduk yang menetap dan berkerja Negeri Selangor untuk menyertai peraduan itu.
Peraduan CEPat–CEPat Menang menyasarkan pembayaran lima perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor melalui aplikasi CEPat iaitu cukai taksiran, parkir, kompaun parkir, cukai pintu dan pembaharuan lesen.
Untuk membenarkan seseorang menyertai peraduan ini, orang ramai perlu memuat turun aplikasi CEPat sama ada di Google Play bagi peranti Android atau App Store bagi pengguna peranti IOS.
Pengguna hanya perlu melakukan satu transaksi bagi mana-mana servis yang dinyatakan bagi melayakkan mereka untuk menyertai peraduan.
Menurut Pengarah Urusan SSDU, Ahmad Akmal Hamzah, kempen tersebut adalah sebagai salah satu usaha SSDU dalam mendidik orang awam khususnya mereka yang menetap dan juga bekerja di Selangor untuk mengadaptasi gaya hidup masyarakat pintar.
“Kempen ini adalah platform terbaik untuk orang awam, khususnya warga Selangor mempraktikkan gaya hidup pintar. Kempen ini adalah sebagai tanda terima kasih SSDU kepada mereka, dan juga dalam masa sama meneruskan mandat Kerajaan Negeri dalam menjadikan Selangor sebuah negeri pintar berdayahuni menjalang tahun 2025,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bermula tahun 2024, kebanyakkan PBT akan mula beralih kepada pembayaran secara online bagi memudahkan urusan.
Oleh itu, hebahan seumpama itu akan membantu masyarakat lebih peka dengan keadaan semasa disamping membantu memudahkan urusan harian mereka di masa akan datang.
Terdahulu, majlis perasmian peraduan telah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan & Keushawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi, diiringi oleh Datuk Hj. Mohd Fauzi Hj. Mohd Yatim (Datuk Bandar Subang Jaya), Hj. Mohd Zulkarnain BChe Ali (Timbalan Datuk Bandar Subang Jaya) dan Ahmad Akmal Hamzan (Pengarah urusan SSDU Innovations Sdn. Bhd). - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: ssdu-innovations-kongsi-kepakaran
ARTIKEL LAIN: saya-dengan-penuh-gembira-akan
ARTIKEL LAIN: saya-tidak-pernah-cakap-tak-nak-nyanyi
[FOTO: Smart Selangor]
0 Comments