Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dokumentari khas, Raja Payung Negara singkap suka duka lima tahun YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin pegang tampuk pemerintahan negara


RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan dokumentari khas bertajuk Raja Payung Negara pada 30 Januari ini, jam 9 malam menerusi saluran TV1 dan RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my). 

Dokumentari Raja Payung Negara ini mengangkat pelbagai kisah suka dan duka sepanjang tempoh lima tahun Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memegang tampuk pemerintahan negara bermula 31 Januari 2019 hingga 30 Januari 2024.

Sepanjang bersemayam di atas takhta, Baginda bukan sahaja berhadapan dengan kemelut politik negara, malah turut berdepan dengan ancaman kesihatan awam. Peranan dan kedudukan YDP Agong ketika keadaan negara tidak menentu, bukan sekadar simbolik, malah menjadi ‘pelindung’ demi memelihara keamanan negara.

Kisah Penjelajahan Diraja, Kembara Kenali Borneo bukan sahaja menzahirkan manifestasi kasih rakyat kepada Raja tetapi juga keprihatinan Raja terhadap rakyat. Sekali gus membawa pengertian ‘Raja dan rakyat, berpisah tiada’.

Payung kenegaraan adalah Raja Melayu; sanjungan dan penghargaan wajar dipertahan, demi keutuhan tadbir urus negara. Dokumentari berdurasi 30 minit ini diterbitkan oleh Unit Majalah dan Dokumentari RTM.  - 7KLIK



[FOTO: RTM]

Post a Comment

0 Comments