PENGACARA Baki Zainal dilantik sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Baki atau nama lengkapnya, Zahamin Baki Zainal, merupakan seorang selebriti yang komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat.
Komitmen bintang berusia 43 tahun itu sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif.
Menurut Eco-Shop Marketing, sumbangan pelbagai aspek Baki dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan telah membawa selebriti tersebut sebagai duta utama mereka.
Bukan itu sahaja, pengaruh dan kesungguhan Baki terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.
Kolaborasi itu diharapkan dapat menggerakkan inisiatif yang mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.
Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.
"Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
"Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam," katanya.
Langkah itu tidak hanya bagi meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN: kempen-aplikasi-cepat-membudayakan
ARTIKEL LAIN: sambut-tahun-baharu-dengan-hits-now
ARTIKEL LAIN: year-in-search-inilah-carian-oleh
0 Comments