SETELAH hampir seminggu bertarung nyawa, pelawak Hamdan Ramli, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor, sekitar jam 12.50 tengah hari pada Jumaat.
Hamdan yang juga anggora kumpulan Senario menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun selepas ditidurkan kerana mengalami jangkitan kuman dalam darah. Difahamkan, Hamdan turut mengalami jantung lemah dan paru-paru berair.
Menurut rakan artis, Azlee Senario sebagaimana dilaporkan sebuah portal hiburan, jenazah akan dibawa ke kampung halamannya di Ipoh, Perak pada jam 3 petang untuk dikebumikan.
Terdahulu pelawak yang cukup dikenali dengan sikap merendah diri itu dimasukkan ke hospital kerana mengalami cirit birit.
Allahyarham berada di Johor Bahru bersama anggota Senario bagi menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.
Selain aktif bersama Senario, bintang kelahiran Batu Gajah, Perak yang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 1988 itu pernah membintangi beberapa buah drama dan filem seperti
Aku Kaya The Movie, Tipah Tertipu The Movie, Zombi Kampung Pisang dan siri
Senario.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat orang cahaya mata.
- 7KLIK
0 Comments