Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selamat bergelar suami isteri, Athira Yuhada tetap pilihan Hafidz Roshdi


PELAKON sensasi, Hafidz Roshdi menamatkan zaman dudanya apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hatinya, Athira Yuhada pada malam Jumaat.

Pasangan itu selamat bergelar suami isteri apabila dengan hanya sekali lafaz berwakil walikan bapa pengantin perempuan.

Pada upacara ijab dan kabul yang berlangsung di sebuah premis acara di Shah Alam itu, Hafidz, 29, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta tiga dulang barang hantaran, berbalas lima daripada pihak perempuan.

Bintang drama Melastik Ke Hatimu itu meluahkan arsa syukur apabila berpeluang bergelar suami sekali lagi dan tidak mahu mengambil tahu tentang segala komen negatif yang dilemparkan kepadanya berikutan pernikahan tersebut.

Hafidz sebelum ini pernah berkahwin dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 sebelum sah bercerai pada 27 Julai lalu. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3.


Post a Comment

0 Comments