Oleh: AILEEN ADAM
BIARPUN tidak pernah mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum, anggota kumpulan BTS, V dan Jennie Blackpink dikatakan sudah tidak lagi bersama. Kedua-dua bintang sensasi itu membuat keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing setelah beberapa bulan hubungan istimewa itu diketahui ramai.
Bagaimanapun punca sebenar perpisahan tersebut tidak diketahui. Malah syarikat pengurusan mereka juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklum balas berhubung berita yang diterbitkan dalam sebuah portal hiburan Korea Selatan sehingga mencuri perhatian ramai.
Hangat menjadi perdebatan dan bualan di media sosial, para peminat V mahupun Jennie memberi reaksi yang pelbagai. Ada yang bersedih dan begitu juga sebaliknya yang bersetuju dengan keputusan itu.
Dalam perkembangan lain, V bakal menjalani latihan ketenteraan wajib selama dua tahun bermula 11 Disember ini.
Terdahulu, hubungan istimewa pasangan yang mempunyai ramai peminat itu diketahui ramai apabila seorang jurugambar berjaya merakam video yang menyaksikan V dan Jennie sedang bersiar-siar sambil berpegangan tangan di Seine, Perancis. Diikuti beberapa foto mesra mereka di lokasi berbeza ketika meluangkan masa bersama.
Tidak hanya itu, V bersama rakan-rakan yang lain juga turut kelihatan di acara pra dengar single kedua Jennie, You & Me atas jemputan duta Chanel itu sendiri, sekali gus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Tidak hanya itu, V bersama rakan-rakan yang lain juga turut kelihatan di acara pra dengar single kedua Jennie, You & Me atas jemputan duta Chanel itu sendiri, sekali gus menguatkan lagi spekulasi tersebut.
Pun begitu, baik V mahupun Jennie hanya 'mengunci mulut' dan memilih untuk mendiamkan diri biarpun ia hangat diperkatakan ramai. Sejauh mana kebenarannya hanya mereka sahaja yang tahu. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments