MELUNASKAN janjinya buat peminat, penyanyi Hael Husaini kini menampilkan album sulung, Antonim (Part 1) yang sudah lama dinantikan.
Album yang bakal dilancarkan pada 5 Januari depan itu menampilkan enam buat lagu yang kesemuanya merupakan ciptaan barisan komposer popular tanah air seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Hael Husaini sendiri
Menurut Hael, atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 36, sejak tiga tahun kebelakangan ini, dia telah menghasilkan lebih kurang 20 buah lagu (demo) untuk album pertamanya itu.
"Setelah berbincang dengan pihak label serta pengurusan, hanya 10 buah lagu sahaja disenarai pendekkan serta beberapa buah lagu lama yang telah diberi susunan semula khas untuk album ini.
“Dalam album Antonim (Part I) ini terkandung lagu-lagu seperti Diam, Usia, Kejora, Please, Hero dan Sama Seperti Dulu (versi orkestra).
"Empat buah lagu daripada album ini juga dipilih kerana telah menjadi lagu tema bagi sebuah drama bersiri popular, My Famous Ex-Boyfriend yang bersiaran baru-baru ini, manakala dua lagi lagu belum pernah diperdengarkan kepada umum,” ujarnya yang turut tampil sebagai penyandang watak utama drama tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: hael-atau-nadhir-siapa-sebenarnya
Perjalanan seni Hael kini menjangkau hampir 17 tahun menjadikan album itu mempunyai signifikasinya yang tersendiri buat dirinya. Malah penyanyi yang mempunyai banyak single popular itu menyifatkan album itu sangat penting buat karier seninya setelah sekian lama berusaha untuk merealisasikan impian itu, termasuk berdepan dengan pelbagai cabaran.
“Antonim (Part I & II) saya jadikan medan untuk berkarya tetapi konsepnya berlawanan dengan apa yang sering saya hidangkan buat pendengar sebelum ini. Namun keseluruhan lagu masih berkonsepkan pop yang bernuansakan balada serta rock," katanya.
Tambahnya lagi, setiap naskhah dalam album itu mempunyai jalan cerita dan kisah yang tersendiri, berlandaskan daripada kisah benar, selain cerita yang bersifat dongeng atau daripada orang di sekeliling yang menjadi cetusan ilham buatnya menghasilkan karya.
Dalam pada itu, salah sebuah lagu daripada album itu, Diam yang sudah dilancarkan dan diperdengarkan kepada umum pada 22 Disember lalu bersama muzik video.
Secara keseluruhannya, album Antonim (Part 1) mengambil masa selama hampir tiga tahun untuk dihasilkan kerana jadual seni Hael yang padat dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan pentas serta komitmen penggambaran sebagai pelakon.
“Proses rakaman dilakukan di beberapa buah studio mengikut lagu dan penerbitnya sendiri. Saya juga ada menggunakan khidmat beberapa penerbit dan jurutera bunyi dari luar negara untuk mendapatkan sentuhan berbeza dari segi bunyi.
“Saya berharap agar kesemua lagu yang terkandung dalam album ini akan meraih perhatian serta menjadi popular, kerana saya, rakan penulis lirik, penerbit, pihak pengurusan dan label telah bertungkus lumus dan banyak berkorban dalam melaksanakan album ini.
"Semoga semua penggemar muzik di luar sana sentiasa menyokong industri muzik kita semaksima yang mungkin," katanya.
Muzik video Diam kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Hael Husaini Official.
Album Antonim (Part 1) yang bakal dilancarkan 5 Januari depan itu boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
[FOTO: Rocketfuel Entertainment]

“Lagu Diam sangat dekat dengan persekitaran seharian, di mana ia merupakan satu luahan kekecewaan terhadap seseorang yang mengkhianati kita, orang yang berpura-pura suka terhadap kewujudan kita tetapi sedang berusaha untuk menjatuhkan kita dan ingin melihat hidup kita musnah," jelasnya.
Secara keseluruhannya, album Antonim (Part 1) mengambil masa selama hampir tiga tahun untuk dihasilkan kerana jadual seni Hael yang padat dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan pentas serta komitmen penggambaran sebagai pelakon.
“Proses rakaman dilakukan di beberapa buah studio mengikut lagu dan penerbitnya sendiri. Saya juga ada menggunakan khidmat beberapa penerbit dan jurutera bunyi dari luar negara untuk mendapatkan sentuhan berbeza dari segi bunyi.
“Saya berharap agar kesemua lagu yang terkandung dalam album ini akan meraih perhatian serta menjadi popular, kerana saya, rakan penulis lirik, penerbit, pihak pengurusan dan label telah bertungkus lumus dan banyak berkorban dalam melaksanakan album ini.
"Semoga semua penggemar muzik di luar sana sentiasa menyokong industri muzik kita semaksima yang mungkin," katanya.
Muzik video Diam kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Hael Husaini Official.
Album Antonim (Part 1) yang bakal dilancarkan 5 Januari depan itu boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
ARTIKEL LAIN: korean-rock-sensation-memi-releases
ARTIKEL LAIN: alvn-over-again
ARTIKEL LAIN: kembali-ke-kuala-lumpur-dmasiv-bawa
[FOTO: Rocketfuel Entertainment]
0 Comments