Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Selamat disatukan, Nabila Razali kini milik Nik Iruwan



DENGAN hanya sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Nik Iruwan Nik Izani, 38, dalam majlis ijab dan kabul yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Bukit Tinggi, Pahang, sekitar 10.11 pagi Sabtu.

Pada majlis yang diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat itu, Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali, 31, menerima mas kahwin bernilai RM22.50, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu meluahkan rasa syukur kini sudah bergelar isteri dan berterima kasih atas doa orang ramai sempena hari bahagianya bersama suami.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Saya Nur Nabila digelar sebagai isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada 10.11 pagi, 4 Jamadilawal 1445H.

"Terima kasih atas segala ucapan dan doa sempena hari kebahagian Bella. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik semua," ujarnya menerusi hantaran di laman Instagramnya hari ini.

Difahamkan pasangan pengantin itu akan diraikan dalam majlis resepsi di tempat yang sama pada sebelah petang. - 7KLIK


[KREDIT: Instagram Nabila Razali]

Post a Comment

0 Comments