Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Wakil Malaysia, Manvin Khera bergelar juara Miss Globe 2023



PESERTA dari Malaysia, Manvin Khera mencipta sejarah manis apabila dinobatkan sebagai Juara Miss Globe 2023 yang diadakan di Durres, Albania pada Jumaat.

Gadis manis berusia 22 tahun yang mempunyai ketinggian 173cm  itu memukau barisan juri bakat, personaliti dan kepintarannya sepanjang mengharungi cabaran dalam pertandingan yang turut disertai 52 peserta dari negara di seluruh dunia.

Antara yang menarik perhatian adalah ketika sesi soal jawab, apabila jawapan yang diberikan oleh Manvin dikatakan sangat berkeyakinan dan relevan buat para juri.

Malah gaya ‘catwalk’ dan keunikan wajah Manvin juga dikatakan begitu mempersona setiap kali muncul ketika memperagakan rangkaian busana di acara tersebut.

Selain bergelar juara, Manvin turut menerima anugerah khas Miss Talent apabila berjaya mencuri tumpuan ramai di acara tersebut menerusi persembahan mantapnya dalam nyanyian.

“Saya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan. Sudah tentu gembira untuk berada di sini dan tidak jangka dapat memenangi tempat pertama.

“Saya berbangga dapat mewakili negara dan sekarang akan mewakili Organisasi Miss Globe. Platform ini akan digunakan untuk menyampaikan suara saya kepada dunia,” ujarnya sebagaimana dilaporkan portal hiburan tempatan.


Sementara itu, peserta dari Sepanyol, Katia Agbodo bergelar naib juara, manakala Anna Valencia Lakrini (Filipina) menduduki tempat ketiga. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments