Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Lakar sejarah lagi, Blackpink terima Anugerah Kehormat MBE daripada Raja Charles


Oleh: AILEEN ADAM

KUMPULAN K-Pop tersohor, Blackpink mendapat penghormatan istimewa apabila menjadi penerima anugerah tertinggi Member Of The Order Of The British Empire (MBE) daripada Monarki Britain yang disempurnakan oleh Raja Charles III, di Istana Buckingham, United Kingdom pada Rabu.

Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa menerima anugerah tersebut atas peranan dan komitmen mereka dalam meningkatkan kesedaran berkenaan alam sekitar. Kumpulan yang mempunyai pengaruh besar di peringkat global itu juga merupakan Duta Global pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP26) yang diadakan di Glasgow, Scotland pada 2021.

Raja Charles sempat berbual dengan Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa dan bergurau dengan menyatakan hasrat baginda untuk menonton persembahan Blackpink pada masa akan datang.


Raja Charles dalam ucapannya turut memuji dan menyebut tentang sumbangan Blackpink dalam usaha melestarikan isu alam sekitar.

“Saya mengagumi bagaimana mereka boleh mengutamakan isu-isu penting ini, serta menjadi superstar global,” titah baginda dalam satu majlis yang turut dihadiri Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan isteri, Kim Keon Hee.

Dalam pertemuan tersebut, baginda secara santai sempat bergurau dan menyatakan hasratnya untuk menonton persembahan Blackpink secara live suatu hari nanti.

Blakcpink yang melakukan debut mereka pada 2016 itu menjadi satu-satunya artis muzikal (pemuzik) bukan warga British yang menerima anugerah tersebut, sekali gus melakar sejarah baharu buat industri K-Pop.


Lisa, Rosé, Jisoo dan Jennie terharu mendapat penghormatan tertinggi menerusi anugerah MBE yang diterima daripada Raja Charles pada Rabu.

Berkenaan anugerah tersebut, tiga anggota Blackpink iaitu Jennie, Jisoo dan Lisa menerima MBE kehormat, manakala Rosé pula diberikan MBE tradisional (penuh) atas kelebihannya yang merupakan warganegara New Zealand di mana Raja Charles secara rasminya adalah ketua negara.

Anugerah sama sebelum ini pernah diberikan kepada The Beatles pada tahun 1965, Adele (2013) dan Ed Sharan (2017).

Apa yang menarik juga adalah Blackpink turut mendapat penghormatan daripada kumpulan Orkestra Diraja King Charles yang telah mempersembahkan lagu popular mereka, Ddu-Du Ddu-Du dalam versi orkestra di luar perkarangan istana.

Terdahulu pada Selasa, Blackpink bersama rombongan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan isteri, Kim Keon Hee yang dalam lawatan rasmi ke negara itu menghadiri majlis makan malam eksklusif anjuran Raja Charles dan Ratu Camilla di Istana Buckingham.

Dari kiri: Lisa, Jennie, Yoon Suk Yeol (Presiden Korea Selatan), Raja Charles, Kim Keon Hee (isteri Presiden), Rosé dan Jisoo.  

Pada Julai lalu, artis naungan YG Entertainment itu menjadi kumpulan K-Pop pertama yang mengetuai Festival Muzik utama United Kingdom, yang diadakan di Hyde Park, London dan dihadiri lebih 65,000 penonton.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

TONTON VIDEO PILIHAN

Post a Comment

0 Comments