TIADA penyingkiran yang dilakukan pada konsert minggu kelapan All Star Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.
Keputusan tersebut sekali gus menyelamatkan Nikki Palikat yang berada di tangga tercorot dengan markah 56.50 peratus (%) menerusi lagu Semakin Rindu Semakin Asyik, nyanyian asal Amelina untuk melangkah ke minggu seterusnya bersama sembilan lagi bintang lain.
Sementara itu, Aliff Aziz menarik perhatian juri dengan persembahan yang menghiburkan menerusi lagu Cik Mek Molek (Datuk M.Daud Kilau) dengan memperoleh markah tertinggi, 78%.
Liza Hanim pula buat pertama kalinya tidak tersenarai dalam kedudukan lima teratas sepanjang lapan minggu beraksi, sebaliknya berada di tangga tiga terbawah menerusi lagu Ayam yang hanya memperoleh markah sebanyak 62.50%.
Pada minggu ini, setiap bintang diberikan cabaran untuk menyampaikan lagu-lagu yang berbeza dengan karakter masing-masing menerusi tugasan yang diberikan oleh Datuk Ramli MS selaku juri tetap dan Pengarah Muzik ASGV.
Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
GV10 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.
Kedudukan dan markah peserta pada minggu ketujuh (TIADA PENYINGKIRAN)
1. Aliff Aziz - Cik Mek Molek (78%)
2. Naqiu - Kuda Hitam (77.75%)
3. Tomok - Apa Dah Jadi (74.75%)
4. Hady Mirza - Gila Judi (72%)
5. Jaclyn Victor - Hatinya Tak Tahan (67%)
6. Azharina - Ya Maulai (66%)
7. Siti Nordiana - Baby One More Time (62.75%)
8. Liza Hanim - Ayam (62.50%)
9. Noryn Aziz - Kerana Pengalaman (57%)
10.Nikki Palikat - Semakin Rindu Semakin Asyik (56.50%)

0 Comments