Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Giliran Dalia Farhana tampil di Billboard Times Square, New York




SELEPAS single hitsnya, Langit Yang Sama dan Rumah berjaya meraih perhatian ramai, bakat baharu sedang meningkat naik, Dalia Farhana melakar sejarah manis dalam kerjaya seni apabila wajahnya dipaparkan di Billboard Times Square, New York.

Penampilan tersebut adalah sebahagian daripada kempen Spotify EQUAL yang merupakan kempen global Spotify untuk memacu kesaksamaan wanita dalam muzik yang menampilkan artis wanita dari seluruh dunia dan Dalia Farhana adalah wajah Spotify EQUAL Malaysia dan Singapura.

Selepas menerima seramai 535,010 pendengar bulanan di Spotify, tiba masanya untuk wajah Dalia Farhana dipaparkan di skrin besar Times Square, New York sebagaimana beberapa artis popular tanah air yang terlebih dahulu mendapat peluang tersebut.

Dalia mengakui amat berbesar hati kerana dipaparkan di Spotify Equal Singapore & Malaysia Billboard di Times Square, New York City.

"Saya tidak pernah menyangka minat dalam muzik boleh mengiringi banyak hati sepanjang perjalanan hidup mereka, dan saya sangat bersyukur diberi peluang ini.

"Daripada membuat cover di bilik tidur saya, kepada berkongsi muzik saya dengan dunia,” ujarnya.



Dalam pada itu, Dalia juga dalam perancangan mengeluarkan album sulungnya berjudul Take Care You yang dijangka akan dilancarkan pada awal tahun 2024.

Difahamkan, sebahagian besar lagu yang terkandung dalam album tersebut, ditulis olehnya oleh Dalia sendiri. Album Take Care You bakal memuatkan 11 buah lagu, termasuk single popular Dalia, Langit Yang Sama dan Rumah- 7KLIK

Post a Comment

0 Comments