Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Dilantik duta besar NCT Alliance: Man Wei Chong, Tee Kai Wun buru kelayakan ke Olimpik Paris 2024



BAKAT dan kemampuan pemain beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun semakin mendapat perhatian apabila dilantik sebagai duta besar NCT Alliance.

Kontrak penajaan selama setahun kepada pasangan beregu semakin meningkat naik itu selaku duta syarikat pemaju hartanah tersebut bakal menjadi inspirasi kepada atlet muda lain, sekali gus membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah dalam Sukan Malaysia.

Wei Chong dan Kai Wun kini dalam usaha memburu kedudukan lapan teratas untuk melayakkan diri dan membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di Paris, tahun depan. 

Pengarah Urusan Kumpulan NCT Alliance, Datuk Sri Yap Ngan Choy menekankan komitmen syarikatnya terhadap kecemerlangan dan inovasi.

"Kami bangga untuk berdiri bersama juara masa depan kami ketika mereka memulakan perjalanan tanpa henti untuk membanggakan negara.

"Kerjasama dengan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun mencerminkan kepercayaan kami terhadap bakat mereka. Kami bangga berdiri bersama mereka dalam mendorong kecemerlangan mereka dan menyokong kejayaan bersaing di pentas global.

"Kerjasama ini menandakan permulaan penting buat NCT Alliance membantu sukan badminton," ujarnya.

NCT Alliance telah bekerjasama dengan Petaling Badminton Club (Petaling BC) serta melancarkan inisiatif yang memberi inspirasi bagi Siri Kejohanan Badminton di seluruh negara termasuk Road to NCT Junior Badminton Championship yang berprestij bertujuan untuk memupuk juara masa depan.

Kejohanan tersebut akan bermula dengan kategori remaja dan menyasarkan penyertaan daripada pemain berusia antara 9 hingga 16 tahun.

Tambahnya lagi, komitmen pihaknya adalah untuk memperkasakan bakat muda melangkaui penajaan individu dan mewujudkan platform untuk generasi muda bersinar dan cemerlang.

"Road to NCT Junior Badminton Championship merangkumi dedikasi kami untuk membentuk masa depan badminton Malaysia dan memupuk warisan kecemerlangan," katanya.

Bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia, peserta Road to NCT Junior Badminton Championship juga akan berpeluang merasai peluang sekali seumur hidup menonton Sukan Olimpik 2024 di Paris.


Man Wei Chong dan Tee Kai Wun (FOTO: Badminton Photo Official)



Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang menyumbang kepada pembangunan bakat muda, terutamanya melalui sukan.

"Saya memuji kerjasama NCT Alliance atas dedikasi mereka untuk memperkasakan belia melalui sukan.

"Kerjasama ini serta Road to NCT Junior Badminton Championship yang akan datang adalah langkah positif untuk masa depan yang lebih cerah dalam Sukan Malaysia kerana kami melabur dalam melahirkan generasi juara kami yang akan datang.

"NCT Alliance kekal teguh dalam komitmennya untuk mewujudkan peluang untuk bakat muda di Malaysia. Kumpulan ini mempunyai matlamat jangka panjang untuk menyumbang kepada masyarakat secara holistik melalui pembangunan sukan dan didorong untuk mengekalkan usahanya dalam menyatukan masyarakat," katanya.




Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Road to NCT Junior Badminton Championship akan datang, sila lawati laman sesawang https://petalingbc.com/  - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments